Sebagai warga tempatan, kita memuji kecekalan pekerja asing yang sanggup merantau jauh datang ke sini untuk mencari rezeki demi menyara keluarga mereka.
Ada yang berpuluh tahun bekerja di sini dan tidak pernah pulang ke kampung halaman demi mengumpul wang untuk keluarga mereka di sana. Lumrah sebagai seorang perantau, pastilah mereka juga rindu dengan masakan tradisi negaranya.
Seorang lelaki bernama Abe Bakar berkongsi sebuah video memaparkan keterujaan dua pengawal keselamatan warga Nepal mendapat makanan tradisi mereka.
Suka sangat content yang macamni. Dia tahu orang tu jauh & mesti rindu makanan tempatan dia ? pic.twitter.com/N9hWBQmIVj
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) April 3, 2023
Menerusi video itu, Abe Bakar bertanyakan kepada salah seorang pengawal keselamatan terbabit tentang makanan yang paling dirindui dan diingininya.
“Ada tak satu makanan yang you nak sangat-sangat makan tapi tak makan lagi?” soalnya.
Pengawal keselamatan itu kemudian menjawab sudah tiga tahun tidak merasa makanan yang dipanggil Nepali Momo.
Dalam video itu, turut dipaparkan individu yang bertanya itu pergi ke pasar mencari bahan makanan tersebut dan memasaknya. Dia kemudian membawa makanan itu pada keesokan harinya dan memberikan pada pengawal terbabit.
Selepas merasanya, pengawal berkenaan memuji keenakan makanan itu dan tidak menyangka bahawa ia dimasak sendiri dan bukan dibeli.
Sekadar info, momo antara makanan yang sangat popular di Nepal. Rupanya seakan dimsum atau dumpling, menggunakan inti sayur bersama daging atau isi ayam dan dimakan bersama kuah tomato atau sup.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji niat murni lelaki ini yang berjaya mengubat rindu pengawal keselamatan terbabit dengan memberi makanan kampung halaman mereka.
Terbukti, makanan juga salah satu cara membahagiakan seseorang.
Baca: “Sedap mat” – [VIDEO] Kawan Bangladesh Ajak Picnic, Lelaki Ini Teruja Masakan Ketam Bhuna