in

3 Pelajar SMK Chukai Muncul Juara Inovasi Asia-Pasifik, Cipta Alat Pemantauan Kandungan Oksigen Dalam Hutan

2smk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

3 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai mengharumkan nama negara seleaps muncul juara pertandingan digital ‘Do Your: Bit Challenge’ Asia-Pasifik.

Kumpulan pelajar Tingkatan 4 itu, Ahmad Nasharuddin Anua, Mifzal Haziq Mazelan dan Muhammad Amiruddin Amar meraih kejayaan cemerlang menerusi rekaan alat menganalisis peratusan kandungan oksigen di dalam hutan bagi memantau akitiviti pembalakan.


Screenshot 2021 11 06 at 11.34.07 AM

Memetik laporan The Star, Ahmad Nasharuddin berkata, produk inovasi dengan alat yang diletakkan di hutan itu berupaya menghantar bacaan oksigen ke bilik kawalan untuk pemantauan secara berkala.

Tambah beliau lagi, alat ini akan memudahkan kerja ranger kerana sebelum ini hanya menggunakan pengesanan imej satelit. Jika dibandingkan dari sudut kos, penggunaan alat ini adalah lebih rendah daripada penggunaan di satelit di angkasa lepas.

Screenshot 2021 11 06 at 11.33.19 AM

Sementara itu, Pengetua SMK Chukai, Tengku Shahrir Tengku Dahlan berkata, penyertaan ketiga-tiga pelajar itu berjaya mengenepikan lebih 400 penyertaan daripada negara-negara Asia Pasifik yang lain dan telah muncul juara bagi kategori 15 hingga 18 tahun.

Menerusi inovasi ini, mereka berharap dapat mengawal sektor pembalakkan di dunia seterusnya membantu dalam memberikan indikasi kadar oksigen dalam hutan selepas aktiviti pembalakkan dilakukan.

 

Baca: “James Corden pun acknowledge”  Maryam Muzamir Cipta Makanan Haiwan Dari Kulit Siput Sedut,  Menang Anugerah Antarabangsa

Screenshot 2021 11 06 at 11.33.41 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.