in

“2K penduduk makan hari ni” – Hasil Jualan The Palestine dUCk +, Vivy Yusof Agih RM600,000 Ke Gaza

Ft Viviy Tolong Palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, nama Vivy Yusof sekali lagi menjadi perhatian kerana isu penjualan tudung untuk jenamanya sendiri bagi membuat sumbangan kepada Palestin.

Biarpun ada pihak memberikan tentangan, koleksi tudung, mug dan beg itu dilihat laris dan habis terjual sejak ia dilancarkan.


Artikel Berkaitan : Vivy Yusof Tampil Beri Penjelasan Lepas Jenama dUCk Dikecam Gara-gara Jual Koleksi Tudung Palestin

Artikel Berkaitan : “Down payment kereta lepas ni” – Skirt RM16K Vivy Yusof Tarik Perhatian Netizen

Perkara itu disahkan sendiri oleh Vivy Yusof menerusi Instagram miliknya. Katanya, kesemua keuntungan hasil jualan The Palestine dUCk + yang bernilai RM 600,000 itu telah disalurkan kepada NGO, Viva Palestina Malaysia bagi membantu hospital, perubatan, tempat tinggal sementara dan makanan untuk mereka.

Screenshot 2023 10 19 152951

“Terima kasih semuanya yang telah membantu kami, sumbangan telah disalurkan kepada VPM di Gaza dan mereka sudah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Pagi ini sahaja, mereka sudah memberikan 2,000 orang Gaza makanan panas, semuanya sebab anda!”

“Walaupun The Palestine dUCk telah berakhir, kami mohon anda untuk teruskan menyokong Palestin. Teruskan bersuara, berkongsi, menderma.”

“Anda boleh salurkan sumbangan anda secara terus kepada @vivaspalestinamy

Pertubuhan Viva Palestina Malaysia
Maybank
5-64324-601324

Kami sokong Palestine.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The dUCk Group (@theduckgroup)

Ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu saudara sesama Islam, kita yang mana berkemampuan harap boleh lah salurkan bantuan.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.