in

“Down payment kereta lepas ni” – Skirt RM16K Vivy Yusof Tarik Perhatian Netizen

Skirt Rm16K Vivy Yusof

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ivan Young merupakan seorang pereka fesyen dari Guangzhou, China, yang berkelulusan dari South China Agricultural University pada 2013 dengan ijazah Sarjana Muda Sastera dan Fesyen kelas pertama.


Beliau mempunyai jenama busana mewah dan baru sahaja membuka butik pertamanya di Malaysia pada Januari lalu.

Artikel berkaitan: “Selfie tapi tunjuk 3 jari” – Tiba-tiba Dapat Mesej Dari Vivy Yusof, Wanita Ingat Scam Rupanya...

Artikel berkaitan: Pelajar Perempuan Jadi Perhatian, Pakai Jam Mewah Richard Mille Ketika Naik Pengangkutan Awam

Terbaru, usahawan serta pempengaruh media sosial ternama, Vivy Yusof mengenakan skirt ciptaan beliau yang berharga RM16,899, perkara itu sudah pastinya mendapat perhatian netizen.

Skirt labuh berwarna merah jambu serta mempunyai jumbai labuci itu dipakai oleh pengasas jenama dUck dalam sebuah acara pelancaran jenama tudungnya itu.

@vivyyusof_

For Mickey Mouse x dUCk event, wearing dUCk and Ivan Young.

♬ It’s A Lovely Day Today – Ella Fitzgerald

Pun begitu, video Vivy mengenakan skirt itu dimuat naik semula di laman X dan rata-rata netizen di situ mempunyai tanggapan yang berbeza.

“Level dia ni 16k macam seringgit 6 kupang ja”

Meskipun ia kelihatan cantik dan sesuai dengan usahawan ternama itu, namun ada netizen yang mempersoalkan serta terkedu dengan harga skirt tersebut.

Cats 16

Sebagai info, Vivy Yusof merupakan pengasas jenama tudung dUck scarves serta pengasas bersama laman beli-belah FashionValet, beliau juga pernah dianugerah Top 40 Under 40 oleh Prestige Malaysia pada tahun 2018.

Korang kalau ada duit banyak nak beli tak skirt macam tu? 

Sumber: TikTok, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.