Siapa je yang tak happy kalau ada kejutan masa hari jadi kita lagi-lagi daripada insan yang tersayang. Tak pelik la kalau hari jadi disambut di tempat-tempat yang mewah sebab disambut sekali dalam setahun.
Lain pula dengan cerita kali ini. Menerusi perkongsian @ezzahnellysa1 di Tiktok nya, dia telah memuat naik satu video dengan caption “birthday paling indah” yang menceritakan perjalanan harinya untuk menghantar barang customer.Tiba-tiba si suami buat kejutan sempena hari jadinya. Seronoknya dapat surprise!
Korang tengok video kat bawah ni :
@ezzahnellysa1 Birthday paling indah! #fyp #tiktokmalaysia #businesstiktok
“Comelnya budak-budak tu”
Video berdurasi hampir 2 minit yang dimuat naik semalam, sehingga kini menerima lebih 350,000 tontonan di tiktok. Rata-rata memuji suaminya yang membuat kejutan dengan membawa Nelly ke rumah anak-anak yatim.
Malah ramai netizen yang sebak dan terharu dengan apa yang telah dilakukan oleh pasangan tersebut. Mereka tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir kepada Nelly. Happy birthday Nelly!
Malah aksi anak-anak kecil yang comel di dalam video tersebut turut menarik perhatian netizen. Antaranya ialah keletah seorang anak kecil yang sedang memakai kasut suami Nelly, ada yang main piggy bag dengan suami Nelly dan macam-macam lagi.
Netizen juga mendoakan pasangan tersebut dimurahkan rezeki dan memperoleh cahaya mata yang diidamkan.
@ezzahnellysa1 Birthday paling indah! #fyp #tiktokmalaysia #businesstiktok
Lobak Merah mendoakan juga agar pasangan itu memperoleh zuriat dan dimurahkan rezeki selalu.