Kalau korang mengikuti perkembangan politik, korang mesti tahu yang Afdlin Shauki telah tewas ketika bertanding untuk jawatan Ketua PKR Cabang Setiawangsa bulan lepas kan?
Susulan ini, pelakon filem ‘Buli’ ini telah pun membuat laporan polis terhadap Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kerana mendakwa gagal menguruskan perjalanan pengundian yang baik serta wujud banyak penipuan, lapor FMT.
Kami punya laporan polis terhadap JPP, banyak benda mereka lakukan menimbulkan syak wasangka dan benda-benda mereka lakukan terang-terang salah
“Kami sudah buat laporan kepada JPP sebelum ini tapi tidak ada maklum balas, yang ada senyap dan sunyi, oleh itu kami buat laporan polis untuk lakukan siasatan.”
Selain itu, Afdlin turut mendakwa banyak kertas undi yang hilang kerana jumlah undian yang diumum JPP dan jumlah undi di tempat mengundi mempunyai perbezaan yang sangat ketara.
Jumlah undi diumum di tempat mengundi adalah 750 undi namun demikian setelah pengundian fizikal tamat jumlah undi rasmi yang dikemaskini dalam sistem JPP adalah 528 undi, berlaku perbezaan sangat ketara dengan 222 undi hilang begitu sahaja.”
Tak cukup dengan itu, pelakon ini turut menuduh JPP membuat kesalahan apabila melantik bekas setiausaha bahagian Setiawangsa sebagai penyelaras tempat mengundi dan suami kepada salah seorang wanita bahagian untuk bertugas di dewan semasa hari pemilihan.
Lantikan ini dilihat berat sebelah kerana kedua-dua mereka ini mempunyai hubungan secara langsung dengan calon bertanding dan tiada jaminan ketelusan dan integriti memandangkan mereka juga ahli parti dan bukan pihak berkecuali dan berkepentingan.”
Untuk pengetahuan korang, dalam pemilihan tersebut, Afdlin telah tewas kepada Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang memperolehi undi sebanyak 482 manakala pelakon ini hanya mendapat sebanyak 372 undi.