in

2 Pekerja Pembersihan Maut Di Stadium, JDT Tunggu Laporan Penuh

Ft Jdt Stadium Staff Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumaat lepas, 2 pekerja syarikat pembersihan maut terjatuh ketika sedang melakukan kerja pembersihan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 34 dan 35 tahun maut di tempat kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.


 

Diklasifikasikan mati mengejut

1574203

Tambah beliau, pada waktu itu mangsa sedang menyelenggara fasiliti milik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, lapor Awani.

“Ketika kejadian berlaku, cuaca berada dalam keadaan baik dan tidak hujan sepanjang mangsa bekerja membersihkan stadium.”

“Kedua-dua mangsa secara tiba-tiba terjatuh ketika sedang bertugas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih dijalankan.”

Katanya lagi, kedua-dua mayat itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.

Tunggu laporan penuh – JDT

Dalam ucapannya menerusi Facebook Rasmi Johor Southern Tigers, JDT memberikan ucapan takziah kepada keluarga pekerja.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menzahirkan rasa simpati atas kejadian yang berlaku pada tengah hari tadi melibatkan dua pekerja dari syarikat pembersihan profesional yang dikontrakkan oleh JDT untuk menyelenggara fasiliti kami.”

“Seluruh Keluarga JDT mengucapkan takziah kepada keluarga dua pekerja terbabit.”

Malah, pihak mereka juga kini sedang menunggu laporan penuh daripada pihak terlibat berhubung kejadian ini.

“JDT sedang menunggu laporan penuh mengenai insiden tersebut daripada pihak berwajib dan syarikat yang dikontrakkan untuk menyelenggara stadium.”

Baca : Anda Kini Boleh ‘Tour’ Stadium JDT Naik Hummer Limosin Dengan RM 30 Sahaja!

Untitled Design 2022 04 01T170752.975

Sumber: majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.