in

2 Orang Rakyat Malaysia Cedera Parah Akibat Dib*kar Di Bangkok

rakyat malaysia disimbah thinner di bangkok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua orang rakyat Malaysia yang sedang melancong di Bangkok dilaporkan telah mengalami kecederaan parah setelah kedua-dua mereka dibakar oleh seorang lelaki di ibu negara Thailand itu.

Menurut Free Malaysia Today, suspek yang merupakan seorang penganggur telah menuang sebotol plastik yang mengandungi bahan kimia cecair pencair atau thinner ke belakang kedua-dua mangsa ketika mereka sedang duduk di kawasan tangga sebuah pusat beli belah di Bangkok.


Kejadian berkenaan telah berlaku sekitar 10 malam pada Khamis lalu.

Setelah menyimbah cecair bahan kimia tersebut pada belakang mangsa, suspek turut cuba mengejar mangsa-mangsa yang lari sebelum dia menyalakan api.

@malaysiagazette

Dua pelancong Malaysia cedera parah selepas dibakar oleh seorang penganggur di Jalan Ratchadamri di Bangkok, Thailand pada Khamis malam. Kejadian berlaku sekitar pukul 10 malam Khamis apabila suspek lelaki itu secara tiba-tiba menuang cecair pencair dari arah belakang ke atas dua rakyat Malaysia – seorang lelaki, Ong, 26, dan seorang wanita, Gan, 27 – yang ketika itu duduk di tangga berhampiran sebuah pusat beli-belah. Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui berkata beliau telah melawat mangsa yang kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil. Beliau berkata Ong dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Besar Polis, manakala Gan menerima rawatan di Hospital Peringatan Raja Chulalongkorn. Sumber: Bernama Tv Video: Media Sosial malaysiagazette #JalanRatchadamri #bangkok pelancongmalaysia

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Artikel Berkaitan: “Orang lain pinjam, kami jadi mangsa” – 3 Rumah, 9 Kenderaan Terbakar Angkara Ah Long

Artikel Berkaitan: “Kesiannya” – 4 Wanita Kongsi Kisah Jadi Mangsa Serangan Asid

Difahamkan, akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa telah mengalami lecur tahap kedua pada badan namun kini telah berada dalam keadaan stabil setelah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Menurut pihak polis Bangkok, suspek yang berusia 30 tahun itu didakwa telah menyerang mangsa secara rawak kerana dia kecewa dan tertekan gara-gara menganggur setelah diberhentikan kerja.

Suspek cuba melarikan diri setelah melakukan perbuatan tesebut namun berjaya ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

rakyat malaysia di Bangkok

Sumber: Free Malaysia Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.