Nampaknya kejadian lubang benam atau sinkhole bukanlah sesuatu yang asing kerana ia turut berlaku di negara-negara lain juga.
Terbaru, dua buah lori telah terjatuh ke dalam sebuah lubang benam gergasi di Busan, Korea Selatan pada Sabtu.
Difahamkan, sinkhole di Busan itu terjadi ketika hujan lebat di bandar itu sejak Jumaat lalu, lapor The Korea Times.
Dalam kejadian itu, lubang benam tersebut bersaiz 10 meter x 5 meter dengan kedalaman sekitar lapan meter.
Namun, nasib baik menyebelahi kerana tiada yang tercedera dalam kejadian tersebut.
Artikel berkaitan: “Tolonglah bang, nak tengok muka ibu” – Keluarga Reda, Mahu Tatap Wajah Mangsa Tanah Jerlus Kali Terakhir
Artikel Berkaitan: “Seram” – Bukan M’sia Je, Ini 7 ‘Sinkhole’ Terbesar Pernah Terjadi Di Seluruh Dunia
Sebelum ini juga, bulan lalu, dua orang warga emas di Seoul, Korea Selatan turut berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka jatuh ke dalam lubang benam di sebuah jalan raya di Seoul.
Sumber: The Korea Times, Korea JoongAng Daily