in

2 Beranak Maut Kemalangan Di WCE: Isteri Sempat Mohon Maaf Berulang Kali Sebelum ‘Pergi’

isteri sempat mohon maaf berulang kali kemalangan wce

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berlaku satu kejadian menyayat hati pada pagi tadi melibatkan seorang ibu dan anaknya berusia dua tahun maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Menurut laporan, kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 5.15 pagi yang mana kedua-dua mangsa, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan anaknya Muhammad Iman Irfan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.


Sementara itu, suaminya Mohammad Shuqur Ahmad, 24, dan seorang lagi anak lelaki mereka berusia tiga tahun pula cedera.

wce

 

Isteri sempat mohon maaf sebelum ‘pergi’

Mohammad Shuqur memaklumkan, dalam keadaan nazak, isterinya berulang kali memohon maaf kepadanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Arwah isteri cedera parah namun dia masih lagi bernyawa. Dalam keadaan nazak itu dia sempat minta maaf dan saya beritahu supaya jangan fikir apa-apa.

“Saya sempat mengajar isteri mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia tiba-tiba senyap,” katanya.

Menurutnya yang bekerja sebagai pemandu lori, kejadian berlaku ketika dia bersama isteri serta dua anak dalam perjalanan dari rumah di Gelung Pepuyu, Bota pada pukul 4 pagi untuk mengambil lori yang di parkir di syarikat di Kampung Acheh, Sitiawan.

Katanya, mereka sekeluarga juga bercadang untuk sarapan pagi di sebuah restoran 24 jam sebelum kereta dipandunya hilang kawalan ketika cuba mengelak haiwan yang cuba melintas jalan.

2942012

“Saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu, apabila sedar, saya lihat isteri parah dengan seorang anak telah tercampak keluar. Kami dibantu oleh orang awam keluar dari kereta yang terbalik,” katanya.

Kongsinya lagi, isterinya itu dilihat berbeza apabila kelihatan gembira dan banyak ketawa.

“Isteri memang bersungguh-sungguh mahu balik ke kampung jumpa ibunya. Saya perasan ketika di sana, dia banyak ketawa dan ada masa dia diam.

“Malah ketika dalam perjalanan untuk ambil lori pun dia berkali-kali pesan untuk sampaikan salam kepada ibu saya dan ibu mertua. Ketika ini saya hairan dan bertanya kenapa sebelum dijawab isteri ‘tak tahulah, nak jadi kot’,” katanya.

Tambahnya, jenazah isteri dan anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Selatan, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan selepas selesai bedah siasat.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.