in

“2.10PM masih bertuala” – Tular Video Halau Pelanggan, Tuan ‘Homestay’ Beri Penjelasan

Untitled Design 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak hujung minggu lalu, tular satu video yang membuatkan ramai netizen terkedu di mana pelanggan sebuah inap desa (homestay) dikatakan telah dihalau dari premis tersebut malah barang-barang pelanggan itu dicampak keluar dari homestay tersebut.

Difahamkan, insiden yang tular itu berlaku di sebuah homestay terletak di Kedah, dalam video berkenaan dapat dilihat bagasi serta barang-barang lain tetamu homestay itu dicampak keluar oleh tuan rumah.


Artikel berkaitan: Tular Video Didakwa Pelancong China Selamba Buang Air Besar Luar Homestay Di Cameron Highlands

Artikel berkaitan: “Ingat kami ni ayam ke bagi beras macam tu?” –  Penginap Hina Makanan Percuma Disediakan Owner Homestay

1 1 1

Pelanggan itu bagaimanapun mengakui pihaknya lewat untuk check out, kira-kira sejam selepas waktu yang sepatutnya dan disebabkan itu pelanggan tersebut mula merakam situasi genting itu.

Pun begitu, pihak homestay tersebut mengeluarkan kenyataan berkenaan isu yang tular itu di laman media sosial mereka.

“Mak (tuan rumah) saya sampai homestay. Mak saya tanya pasaipa tak keluar lg makcik dah bagi masa lama sgt dh. Dah lebih kurang 2 jam setengah lewat check out. Tuan dan team tuan boleh layan mak saya macam tunggul, buat taktau saja, yang masih bertuala kehulu kehilir.

Takdak sapa pun berkemas angkat beg mcm nak checkout. Beg duk ada dalam bilik lagi kat ruang tamu pun barang banyak lagi. Boleh tengok dan dengar dalam video perakam kata tolong ambil barang dalam bilik air, cabut-cabut charger sat, siap ada yg bertuala lagi,” tulisnya.

Tuan rumah itu berkata pelanggan tersebut tidak menghiraukan ibunya yang ingin membersihkan rumah tersebut dan itulah permulaan pertelingkahan antara kedua-dua pihak itu.

Malah, difahamkan pelanggan itu bukanlah lewat sejam seperti yang dikatakan sebaliknya mereka mengambil masa lebih daripada itu.

Perkara itu menjadi lebih tegang apabila, terdapat tetamu seterusnya yang sepatutnya check in pada jam 3 petang tetapi pelanggan sedia ada itu masih belum check out sehinggan jam 2.40 petang.

1 2

Pun begitu, dalam posting terbaru homestay tersebut mereka mengesahkan kedua-dua pihak telah pun menyelesaikan isu tersebut namun pihak mereka tidak akan menurunkan posting penjelasan itu bagi dijadikan pengajaran.

Sumber: Facebook (1)(2)

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.