in

13 Tahun Menghilang, Penulis Lirik Kongsi Khabar & Foto Terkini Anita Sarawak Bersama Suami

anita sarawak khabar terkini dan foto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkembangan terkini penyanyi Anita Sarawak akhirnya terjawab setelah 13 tahun menghilangkan diri dalam industri muzik tanah air.

Terbaharu, penulis lirik dan bekas wartawan hiburan iaitu Roslen Fadzil memuat naik tentang keadaan terkini penyanyi tersebut berserta sekeping foto bersama suaminya, Mahathir Abdullah.


Menurut Roslen atau mesra disapa Slen, pada Oktober lalu dia telah mencuba untuk mendapatkan Anita yang kini menetap di Amerika Syarikat demi membantu seorang promoter konsert yang mahu melihat penyanyi itu kembali beraksi.

Artikel berkaitan: Noor Kumalasari Nafi Khabar Angin Dakwa Anita Sarawak Jatuh Sakit Di Las Vegas

Snapinsta.app 472214524 3873464746237024 5706964088338980986 n 1080

“Oktober lalu saya diminta membantu seorang promoter konsert untuk mendapatkan Anita Sarawak yang kini menetap di Amerika Syarikat kerana dia berhasrat menganjurkan sebuah konsert mega tribute buat komposer legenda, Datuk Adnan Abu Hassan di Kuala Lumpur sekitar 2025.

“Anita salah seorang bintang handalan yang tersenarai dalam kertas cadangan untuk beraksi dalam konsert tersebut bersama ramai lagi penghibur yang pernah digilap oleh Adnan.

“Demi mendapatkan Anita, saya meminta bantuan adik angkatnya iaitu Shuib Taib untuk menghubungi Anita dan suaminya, Abang Mahathir di Las Vegas dengan harapan mereka akan bersetuju,” tulisnya.

Dengan bantuan Shuib, akhirnya Anita berjaya dijejaki dan mendapat jawapan balas daripada suaminya.

“Terima kasih kerana sudi menghubungi kami. Apabila saya maklumkan kepada Anita tentang konsert tribute itu, dia berasa begitu sedih mengenangkan waktu yang pernah dikongsikan bersama Adnan yang merupakan salah seorang penerbit terbaik sepanjang zaman. Sampaikan salam kami kepada keluarga Adnan.”

Namun, seperti yang diketahui umum, Anita menyatakan dia kini sudah bersara daripada dunia nyanyian dan lebih selesa hidup dalam keadaan privasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SlenFadzil / PakYen (@slenfadzil)

“Demikianlah catatan Mahathir dengan penuh budi bahasa. Jawapan yang mungkin mengecewakan jutaan peminat Anita Sarawak namun itulah hakikat perubahan yang telah terjadi kepada penyanyi Akhirnya Kini Pasti itu.”

Terdahulu, usaha menjejaki Anita menemui jalan buntu sejak penyanyi yang juga kakak kepada Noorkumalasari itu meninggalkan Malaysia sekitar 2011.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.