Jika anda gemar menonton rancangan komedi popular Korea Selatan, Running Man, yang menampilkan barisan selebriti terkenal seperti Yoo Jae-seok, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Yang Se-chan, Haha dan Jee Seok-jin, ada berita menarik untuk anda.
Baru-baru ini, Kim Jong-kook, 49, mengumumkan bahawa beliau bakal berkahwin dengan seorang wanita bukan dalam kalangan selebriti dan difahamkan pasangan itu telah disatukan dalam satu majlis perkahwinan yang diadakan pada Jumaat lalu, dihadiri hanya oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.
Terkini, Kim Jong Kook telah berkongsikan reaksi rakan-rakan terdekatnya termasuklah ahli-ahli rancangan Running Man ketika dia mengajak mereka hadir ke acara perkahwinannya menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya, Gym Jong Kook.
Dalam video yang berdurasi sekitar 22 minit itu, dapat dilihat Jong Kook secara spontan mengajak rakan-rakan rapatnya hadir ke acara tersebut.
Artikel Berkaitan: Running Man Sedia Untuk Ditamatkan, Yoo Jae-suk Sedia Dengan Sebarang Kemungkinan
Artikel Berkaitan: Sakit Perut Gelak! Ini 10 Episod Running Man Paling ‘Pecah’ Yang Anda Wajib Tonton
Apa yang melucukan adalah reaksi daripada ahli-ahli Running Man yang pada mulanya tidak mempercayai bahawa Jong Kook akan mendirikan rumah tangga dan menganggap itu hanyalah gurauan daripada Jong Kook.
@manykdramas running man members react to kim jong kook’s marriage 😂 kim jong kook released this video on his youtube channel GYM Jong Kook #kimjongkook #runningman #gymjongkook #yoojaesuk #jisukjin
Memang ramai yang tak sangka Jong Kook akhirnya telah berkahwin kan.