Nelayan di Negeri Sembilan dinasihatkan agar tidak mengutip atau mengambil kerang-kerangan termasuklah kupang di perairan Port Dickson buat masa ini untuk sementara waktu, lapor BERNAMA.
Perkara tersebut telah diarahkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan setelah keputusan ujian sampel air laut daripada Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati bahawa bacaan biotoksin di situ melebihi paras yang dibenarkan.
Menurut pengarah jabatan tersebut, pihak mereka juga telah berhubung dengan Persatuan Nelayan Kawasan agar nasihat berkenaan diambil kira oleh para nelayan di kawasan terbabit.

Artikel Berkaitan: “Kemungkinan ada toksin & cuaca berbahaya” – ‘Pesta Kerang’ Di Pantai Sura Terpaksa Dihentikan
Artikel berkaitan: Selepas 40 Tahun Pupus, Pelajar PhD Teruja Temui Semula Spesies Kerang ‘Rare’ Di Pahang
Namun, dalam masa yang sama, difahamkan, persampelan kedua akan dibuat sebelum keputusan larangan dibuat secara rasmi oleh pihak Jabatan Perikanan negeri itu.
Pada Rabu lalu, sampel kupang dan air laut sekitar Port Dickson telah diambil oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.
Jabatan itu berbuat demikian susulan nelayan di perairan terbabit membuat aduan bahawa air laut berwarna merah dan difahamkan, ia dipercayai terjadi akibat ledakan alga di perairan Pasir Panjang.

Sumber: BERNAMA