in

⁠Isu Jalur Gemilang Terbalik, FAM Hantar Bantahan Rasmi Kepada AFC

6faM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menghantar bantahan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) susulan tindakan segelintir penyokong Indonesia yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik ketika aksi Piala ASEAN Bawah 23 Tahun (B-23) di Jakarta, Selasa lalu.

Screenshot 2025 07 27 at 12.10.32 PM

Insiden berkenaan mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia selepas gambar-gambar tular menunjukkan bendera negara dipegang secara terbalik dan diconteng semasa perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno.


Menurut laporan Astro Awani, bantahan rasmi telah dihantar dua hari selepas kejadian, dan FAM kini menunggu maklum balas daripada AFF serta AFC mengenai tindakan lanjut yang akan diambil.

Tindakan penyokong berkenaan dianggap tidak sensitif dan mencemarkan semangat kesukanan yang seharusnya dijunjung dalam kejohanan serantau.

FAM turut menegaskan kepentingan semua pihak menjaga maruah dan simbol negara dalam apa jua acara antarabangsa.

 

Baca: Harimau Malaya Tak Jadi Lawan Iran, Tarik Diri Dari CAFA 2025

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.