in

Wanita Dedah Ditipu RM140,000 Dalam Urusan Beli Rumah Mampu Milik di Johor

Fi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harga rumah kini kian meningkat. Oleh itu, ramai yang berebut ingin membeli rumah yang dijual dengan harga mampu milik. Tetapi malang apabila impian untuk membeli rumah sendiri itu dirembat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Terbaru, menurut WORLD OF BUZZ, seorang pegawai kerajaan yang ingin dikenali sebagai Nora telah membuat pendedahan bahawa dia telah ditipu dalam urusan beli rumah mampu milik di Johor.

Rumah
sumber: the star

Melalui The Star, Nora memberitahu bahawa dia tidak sabar untuk memasuki rumah baru selepas pinjamannya telah diluluskan menerusi seorang peguam.

Namun, impiannya terbantut apabila pemaju rumah tersebut memberitahunya bahawa cek yang telah dikeluarkan oleh peguam Nora yang berjumlah RM140,000 telah ditendang.

Saya sedih sangat dan telah pergi ke pejabat peguam tersebut tetapi mereka asyik berikan alasan.”

Akibat daripada ini, Nora berasa tertipu serta meminta penjelasan daripada peguam itu. Namun, peguam tersebut kerap sering memberikan pelbagai alasan. Berang, Nora mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Rumag2
gambar hiasan

Rupa-rupanya, Nora bukanlah mangsa pertama untuk scam tersebut kerana dimaklumkan bahawa ramai yang telah ditipu seperti Nora dalam proses membeli rumah itu.

Tambahnya lagi, terdahulu Nora sangat tertarik dengan skim rumah mampu milik di Johor tersebut dan memilih untuk memohon. Selepas terpilih untuk membeli rumah itu, pemaju telah melantik seorang peguam bagi memproses dokumen berkaitan.

Rumah3
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, Nora berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila pinjaman kerajaan yang dibuatnya telah diluluskan tetapi pemaju masih belum menyerahkan kunci rumah kepadanya selepas siapnya rumah tersebut.

Ujar Nora lagi, hal ini telah menyebabkan gajinya ditolak sejak bulan September sebanyak RM700 setiap bulan bagi melangsaikan pinjaman untuk rumah mampu milik tersebut.

Saya sedang menyewa rumah berjumlah RM300. Sekarang saya terpaksa membayar RM1,000 setiap bulan pula.”

Nora menyeru supaya pihak berkuasa mengambil tindakan menyelesaikan isu ini atau sekurang-kurangnya menghentikan pembayaran pinjaman yang telah dilakukannya sekiranya pemaju enggan memberi rumah tersebut.

Proses pembelian rumah mampu milik tersebut telah diikut Nora dengan cara yang betul dan dia juga telah membayar deposit serta yuran guaman sebanyak hampir RM5,000 kepada peguam berkenaan.

Rumah4
gambar hiasan

Dipercayai peguam itu telah menguruskan transaksi pembayaran rumah tersebut, tetapi tidak menyerahkan wang kepada pemaju selepas pinjaman yang dibuat diluluskan. Sebaliknya dia telah memberikan cek yang tidak sah kepada pemaju yang menyebabkan pemaju tidak menyerahkan kunci rumah kepada Nora.

Difahamkan terdapat banyak laporan yang telah dibuat ke atas peguam tersebut yang melibatkan wang klien sebanyak ratusan ribu ringgit. Polis juga tidak menolak kebarangkalian masih terdapat ramai lagi yang telah ditipu dengan cara ini.

Jangan lah buat macam tu… Orang tu penat kumpul duit nak beli rumah.

Baca: Boy Iman Dituduh Menipu Orang Ramai, Jual Rumah Harga RM200,000 ke RM50,000

Rumah6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.