in

Wanita Curi Beg Peniaga Di Pasar Siti Khadijah Kerana Terdesak Mahu Biayai Yuran Kolej Anak

Bg 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Curi Beg Peniaga Di Pasar Siti Khadijah Kerana Terdesak Mahu Biayai Yuran Kolej Anak
Loading
/

Sebagai ibu bapa, mesti kita sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak. Namun, oleh kerana kesempitan hidup segelintir manusia terpaksa membuat perkara terkutuk kerana terdesak mahu mendapatkan wang.


Pada awal bulan ini, sebuah video menunjukkan helah licik seorang wanita tua mencuri beg di Pasar Siti Khadijah, Kelantan telah tular di Facebook.

Sumber : Facebook

Kejadian itu berlaku pada 30 Jun sewaktu penduduk lelaki di sana sedang sembahyang Jumaat. Melalui video itu, wanita tersebut dilihat sedang berjalan di sekitar kawasan kedai buah sambil berpura-pura ingin membeli sesuatu.

Seperti biasa jika didatangi pelanggan semestinya mereka harus melayan. Tidak lama selepas itu, pekerja tersebut beralih dan pergi ke satu sudut bertentangan dengannya kerana disuruh wanita berkenaan.

1 23
sumber : facebook

Semasa itulah wanita tersebut mengambil kesempatan dan terus menunduk lalu mengangkat kain meja tersebut untuk mencapai beg milik pekerja itu tanpa disedarinya. Licik betul!

Tetapi lakonannya tidak terhenti di situ, dia terus berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku dan masih teruskan lakonan seperti mahu membeli sesuatu dari kedai itu.

2 6
Sumber : facebook

Wanita berusia 43 tahun itu telah mencuri beg berisi wang tunai sebanyak RM2,300 berserta kad bank, buku akaun bank dan juga kunci kereta milik peniaga tersebut.

Menurut Sinar Harian, selepas siasatan dijalankan wanita tersebut mengaku sedang terdesak mahu mencari duit lebih untuk membiayai yuran kolej anaknya. Matlamat tidak menghalalkan cari makcik…

3 10 E1499769377783
sumber : facebook

Salah tetap salah dan dia telah pun dijatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda. Wanita tersebut juga diperintah membayar pampasan kepada mangsa sebanyak RM1,500 dan memulangkan semula wang yang dicurinya sebanyak RM2,300 itu.

Kan tak pasal pasal lagi banyak duit nak pakai kena bayar denda dan pampasan! Ingat ye, matlamat tidak menghalalkan cara.

Baca : Wanita Curi 11 Dompet Di Jalan TAR dan Sembunyikan Dalam Timbunan Kain

3 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.