in

“Walaupun bercuti, yang wajib tak ditinggalkan” – Peminat Puji Cara Johan dan Ozlynn Didik Anak

Jo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular berita mengejutkan, di mana Ozlynn, iaitu isteri kepada pelawak terkenal, Johan, mengumumkan bahawa dia sedang hamil 5 bulan. Berita itu disambut baik oleh peminat dan masing-masing menyatakan bahawa tidak sabar untuk menunggu kelahiran anak kelima mereka, yang dijangkakan akan bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018.


Seperti yang kita tahu, keluarga ini sentiasa mendapat perhatian daripada peminat. Ini kerana Ozlynn sangat rajin berkongsikan kisah seharian mereka di Instagram milik mereka berdua. Boleh dikatakan, hampir setiap hari Ozlynn akan memuat naik lauk yang dia sediakan untuk keluarganya.

Jo 3
sumber: instagram

Baru-baru ini, Ozlynn berkongsikan lagi beberapa keping gambar serta video mereka sekeluarga yang sedang bercuti di Jepun. Kata Johan, percutian ini ditaja khas oleh isteri kesayangannya itu. Wahh wahh untungnya Johann! Johan juga memuat naik video tanda terima kasihnya kepada Ozlynn.

Dalam banyak-banyak gambar yang dimuat naik, ada beberapa kepingan gambar yang mencuri perhatian netizen.

Jo
sumber: instagram

“Nak main snow? Bolehhh.. Solat dulu nak”

Gambar ini mendapat lebih daripada 55 ribu likes serta 166 komen. Rata-rata netizen sangat sukakan cara mereka mendidik anak-anak mereka. Melalui gambar itu serta captionnya, dapat dilihat salah seorang daripada anak mereka, Sodiq, sedang menunaikan solat sebelum bermain snow.

Daripada gambar-gambar itu sahaja, kita dapat lihat betapa mereka amat menitikberatkan soal solat, tidak kira di mana pun mereka berada.

Jo 4
sumber: instagram

“Jadi tanggungjawab baby Chantiq untuk bacakan doa makan setiap kali sebelum mamam”

Ozlynn turut berkongsikan video di mana satu-satunya anak perempuan mereka, Chantiq, sedang membacakan doa makan. Melalui captionnya, ini merupakan ‘tanggungjawab’ Chantiq untuk sentiasa membacakan doa setiap kali sebelum makan. Rakaman tersebut mendapat views lebih daripada 170 ribu penonton.

Jo 1
sumber: instagram
Jo 2
sumber: instagram

“Jangan dijadikan alasan. Rezeki pun dariNya, syukur padaMu Ya Allah di atas segala nikmat dan rezeki buat #familyhanania”

Antara komen-komen daripada peminat yang sentiasa suka akan cara mereka mendidik anak-anak.

“Ya Allah bagusnya anak macam tu. Kalau semua ibu bapa macam @jozlynnhanania ni kan bagus”

Good family. Walaupun bercuti, yang wajib tak ditinggalkan. Alhamdulillah”

Love your family. Very down to earth. Tak ada nak menunjuk kekayaan sangat”

“Doakan saya mampu didik anak saya macam abang akak”

Ko 1
sumber: instagram

Woww. Salute lah! Bukannya mudah nak suruh anak solat, lebih-lebih lagi umur macam ini. Hebat!

Baca: “Untung la.. Makin pupus suami macam ni..” – Netizen Puji Johan Rajin Bantu Isteri

Aa 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.