in

Tampil Dengan Gaya Rambut Blonde, Peminat Puji Siti Sarah Persis Barbie Doll

Siti Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siti Sarah memang dikenali akan suaranya yang lunak dan popularitinya melonjak semula selepas menyertai rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke-3. Selain vokal, bentuk badan ibu kepada 3 orang anak ini yang ramping turut memberi inspirasi kepada kaum ibu di luar sana.


Rambut ikal mayang isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu ini turut disukai ramai kerana sentiasa ‘on point’. Terbaru, Sarah tampil dengan rambut yang baru berwarna blonde dan rata-rata peminat menyukai gaya tersebut.

Sarah 1
sumber: instagram
Sarah 5
sumber: instagram

Sebagai artis, sudah menjadi kebiasaan apabila ruangan komen di laman sosial dihujani dengan pelbagai reaksi daripada para pengikut. Begitu juga Sarah yang mendapat pujian daripada sebahagian kira-kira 1 juta pengikutnya yang menyatakan rasa teruja melihat penampilan terbarunya.

Sarah 4
sumber: instagram
Sarah 6
sumber: instagram

Ramai yang menyamakan pelantun lagu Kesetiaan itu persis Barbie Doll selain ada yang turut meminta tips penjagaan rambut darinya.

Komen 1 Komen 2 Komen 4 Komen 6

Bukan sekadar Barbie Doll, ramai juga netizen berpendapat bahawa gaya terbarunya itu sama seperti penyanyi antarabangsa, Beyonce sehinggakan dia diberikan gelaran ‘Beyonce Malaysia’. Wow!

Komen 7
sumber: kisah dunia

Kulitnya yang cerah menyerlahkan lagi warna rambut blonde itu dan ramai pengikutnya di Instagram tidak putus-putus memuji Sarah yang sentiasa kelihatan muda seperti anak dara dek kerana badannya yang molek. Nampak muda betul Sarah!

Sarah 8
sumber: instagram

Memang langsing badan Sarah, kulit pun flawless! Walaupun dah anak tiga, kekal awet muda ?

Baca: “Cium tangan dah macam laki bini…” – Netizen Kecam Emma Maembong Salam Kamal Adli

Emma Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.