in

“Tak sedih kena jawab soalan tentang zuriat” – 14 Tahun Tanpa Zuriat, Mark Adam Tak Sensitif Bila Ditanya

Mark

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak mahukan anak bukan? Cahaya mata adalah penyeri perkahwinan dan menambah ceria dalam kehidupan berumah tangga.


Namun tidak semua pasangan yang berkahwin akan mendapat cahaya mata yang diinginkan. Ada yang menanti sehingga bertahun-tahun, atas izin Tuhan barulah dikurniakan anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Begitu juga yang menimpa penyanyi dan pelakon Fikri Mark Adam Abdullah atau lebih dikenali dengan Mark Adam.

Mark
sumber: oh kisahnya

Menurut mStar, Mark Adam dan isterinya yang kini sudah 14 tahun mendirikan rumah tangga tidak sensitif langsung apabila disoal tentang anak.

“Kami masih berusaha dan mencuba sehabis baik untuk mendapatkan zuriat namun semuanya sudah ditentukan, kami berserah pada ketentuan Allah,” ujar Mark Adam, redha.

Menurutnya lagi, sebelum ini mereka pernah dikurniakan anak angkat namun rezeki tidak menyebelahi mereka apabila ada beberapa perkara yang tidak diingini berlaku semasa proses tersebut. Pun begitu, Mark dan isteri memilih untuk tidak menjelaskan apakah puncanya.

“Namun kalau ada yang ingin memberikan kami anak angkat, saya akan terima dengan hati yang terbuka,” ujarnya lagi pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-38 di De Laman, Bukit Jelutong, Selangor baru-baru ini.

T2 E1507505352302
sumber: instagram

Buat masa sekarang, Mark Adam hanya mahu fokus pada isteri, keluarga serta kerjayanya.

Marilah kita berdoa semoga keinginan Mark untuk memiliki cahaya mata tercapai di suatu masa nanti. Takpe Mark. Usaha lagi yaa! 🙂

Baca: Lelaki Kumpul Wang Kertas Setiap Hari, Beli Kereta Untuk Isteri 6 Tahun Kemudian

Kumpul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.