“Tahun 2017 Aku Hilang RM20,000!” – Wanita Kongsi Pengalaman Ditipu Kawan Baik Sendiri

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Cakap sahaja tentang rakan baik, kita semua tahu bahawa mereka antara orang yang paling kita percaya dan mereka juga adalah antara orang yang terpenting dalam hidup kita. Boleh dikatakan, hampir 100% rahsia kita juga pada tangan mereka. Kan? Mengaku cepat!

Tetapi apakah perasan anda, sekiranya mereka yang sudah dianggap seperti keluarga ini mengambil kesempatan dan menganiaya kita? Itulah yang terjadi pada Nadia McWillson baru-baru ini. Tular di Twitter, tentang hancurnya sebuah persahabatan gara-gara kawan makan kawan. Perkongsian ini turut mendapat hampir 16 ribu perkongsian di media sosial.

Sumber: Twitter

“2017. Tahun di mana aku hilang RM20, oleh kerana kawan!”

Menurut Nadia, dia sudah mengenali rakannya itu sejak tahun 2010 lagi. Mereka bekerja bersama di salah satu agensi kerajaan, dan untuk membuktikan keakraban mereka, hampir 6 tahun mereka sudah duduk bersama. Tetapi dia tidak sangka, selama 6 tahun itulah dia sudah ditipu.



Pada mulanya, Nadia langsung tidak tahu tentang hal ini. Tetapi tiba-tiba datang seorang lelaki ke rumahnya untuk mendapatkan bayaran.

“Kantoi bila semalam ada mamat datang rumah cakap, you tak bayar kereta dah 7 bulan. I was like no! Kereta I arwah abah I dah habis bayar kot”

Dia tertanya-tanya, mengapa namanya dikaitkan dalam kes kereta ini. Maka dia bertanyakan nama pendua kereta tersebut, jenisnya, serta nombor plat kereta berkenaan.

That guy said, kereta Viva 2012, JP* 12*2!

Gambar hiasan

Nadia terkejut kerana kereta tersebut adalah milik rakan baiknya, tetapi kereta itu diberikan kepada tunangnya kerana tunangnya itu tidak akan bekerja selagi tiada kereta. WHAATTT?! Merepeknya sebab dia!! Nadia sememangnya tidak percaya bahawa rakan baiknya itu sudah menggunakan kad pengenalan serta lesennya demi untuk belikan kereta buat tunangnya itu.

Selepas kejadian itu, Nadia terus menghubungi rakannya untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Lepas aku called, baru dia mengaku and cakap perkara yang sebenar. Selain dari mencuri salinan ic dan license aku (dia ambil sendiri dari fail kat bilik aku), dia juga pakai duit tabung aku untuk down payment

Menurut Nadia, dia memang suka menabung duit kertas RM5, RM10 dan RM20. Rakan baiknya itu telah mencuri 4 daripada 15 jumlah tabung yang dia ada.



So guys, duit note RM5 yang aku simpan dari 2007 sampai 2017. Dia pakai 4 balang penuh duit tabung RM5 aku. It was almost RM4K

Gambar hiasan

Tidak cukup dengan mencuri, rupa-rupanya selama ini Nadia turut membayarkannya duit sewa rumah selama mereka tinggal bersama.

“Aku baru tahu, sewa rumah aku bayar DOUBLE, sebab percaya pada dia, aku selama ini fikir sewa rumah RM1,600 tapi sebenarnya RM800″

Gambar hiasan

Nadia membuat keputusan untuk membuat laporan polis tentang pemalsuan dokumen serta kecurian duit, dan selepas berbincang, rakan baiknya itu perlu membayar padanya RM25 ribu, serta perlu bayar lagi RM14 ribu jika dia mahukan keretanya. Manakala tunang rakan baiknya itu langsung tidak mahu membayar apa-apa, kerana katanya, dia tidak mahu masuk campur dalam hal ini. Seriouslyy? Still ada lelaki macam ni??!!

Ada juga kawan baik spesies macam ini? Tak kisahlah lelaki atau wanita, hati-hati lah ye…

Baca: “Daripada bagi je baby ni, baik dapat duit sikit” – Gadis Mahu Jual Bayi Kembar RM15,000 di Mudah.my

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.