in

Suami Kongsi Pengorbanan Isteri, Berikan RM1,000 Ketika Dalam Kesusahan

Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang isteri tempatnya adalah di sisi suami tak kira apa jua halangan, rintangan dan cabaran yang dilalui termasuklah dalam situasi di mana pasangan mengalami masalah kewangan. Namun, seorang wanita ini bukan sahaja berada di belakang menyokong suaminya tetapi turut membantu dengan cara yang sangat tidak disangka oleh lelaki itu.


Tular di media sosial, perkongsian oleh Alex Lee di mana dia berkongsi kisah gembira apabila isterinya meninggalkan RM1,000 untuk dia membayar segala keperluan apabila dia mengalami masalah kewangan. Isterinya sama sekali tidak meninggalkan Alex ketika di dalam kesusahan malah sentiasa memberi sokongan moral. Wah untungnyaa!

Isteri 1
sumber: facebook

Disamping wang yang ditinggalkan itu, isterinya turut meninggallkan nota buat suaminya. So sweet!

“Buat suami tercinta, saya tinggalkan RM1,000 untuk awak. Gunakan duit ni untuk bayar kos penyelenggaraan kenderaan kita. Jangan sesekali gunakan kad debit untuk bayar semua tu. Saya tahu awak sedang bekerja keras untuk keluarga kita, saya sentiasa ada bersama awak dan akan sentiasa support awak. I love you

Lee yang bekerja sebagai agen hartanah itu berkata, dia amat terharu dengan apa yang diberikan oleh isterinya, kerana baginya itu adalah bukti bahawa isterinya akan sentiasa bersamanya tika susah dan senang. Lee berkata lagi,

Sejak dua menjak ni, saya sangat tertekan dan memang sedang bekerja keras untuk keluarga.

Tapi bila bangun dari tidur dan terbaca nota ini, saya menangis kerana terharu dengan pengorbanan isteri.”

Isteri 5
sumber: facebook

Lee turut membalas nota isterinya itu,

Buat isteri tercinta, saya akan bekerja keras untuk masa depan kita bersama. Terima kasih kerana sentiasa bersama dengan saya!” 

Niatnya berkongsi kisah ini adalah untuk menghargai pengorbanan yang diberikan oleh isterinya tetapi dia tidak menyangka bahawa kisah itu tular di media sosial dan mendapat komen positif daripada netizen. Malah, ada juga netizen yang tag pasangan masing-masing sebagai hint buat mereka.

Isteri 2
sumber: facebook

Tambah Lee melalui perkongsian terbarunya,

Kadang-kadang saya kerja hingga lewat malam sampai tiada masa untuk teman isteri saya. Selalunya bila saya sampai rumah, isteri saya mesti sudah tidur, tetapi dia sentiasa memberikan saya kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.”

So sweet! Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk orang lain agar sentiasa berada di sisi dan menyokong pasangan masing-masing…

Baca: “Ada yang suruh saya bercerai” – Demi Cinta, Wanita Setia Bersama Suami Meskipun Ditimpa Penyakit Serius

KasihanKasihan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.