in

Sedap Gila! Die Hard Fans Ayam Goreng WAJIB Pergi Event Ni!

Ayam Lejen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Festival ayam goreng yang pertama dinamakan Ayam Lejen Fried Chicken Festival akan berlangsung tidak lama lagi dan kepada semua peminat ayam goreng, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk nikmati kesemua jenis ayam yang dihidangkan!


Acara yang dinanti-nantikan ramai terutamanya peminat ayam goreng ini akan diadakan pada 18-19 November 2017, menampilkan 8 jenis ayam goreng yang rangup dan juicy!

Chick 2
sumber: instagram

Bagi anda yang tidak mahu terlepas peluang menikmati kesemua ayam goreng tersebut, ini maklumat yang anda perlu tahu:

  • Diadakan 2 hari dengan 4 sesi
  • TERHAD kepada 500 orang bagi setiap sesi
  • HANYA 2000 tempat duduk untuk satu hari buat die-hard-fans ayam goreng. So cepat lah beli tiket eh!

Anda akan diberikan 8 jenis ayam goreng taste-portion. Bukan itu sahaja, anda akan diberikan beg goodie yang menarik untuk dibawa pulang!

Ayam 1
sumber: friedchillies
Ayam 3
sumber: friedchillies

Anda mesti tertanya-tanya tentang 8 jenis ayam yang akan dihidangkan, betul tak? Ini kami senaraikan semua jenis ayam goreng dari 8 vendor berbeza yang terpilih:

  1. Ayam Goreng Wak Kentut – Johor Bahru (ayam goreng nasi lemak)
  2. Gerai Ah Kow – Kuala Lumpur (ayam goreng sesame horlicks)
  3. Sweetree – Ampang (ayam korang pedas Korea)
  4. Broasted Chicken King – Keramat (ayam goreng pedas arabic)
  5. Nomms – Subang Jaya (ayam goreng popcorn freestyle)
  6. KGB – Bangsar (halapeno salted duck egg buffolo wings)
  7. Zainul Nasi Kandar – Petaling Jaya (ayam goreng kari)
  8. myBurgerLab – Seapark (sliders ayam goreng special)

Jangan risau, semua menu yang akan dihidangkan adalah HALAL!

Chick 1
sumber: instagram
Ayam 8
sumber: instagram

Untuk nikmati kesemua ayam goreng di atas, anda perlu dapatkan tiket memandangkan ianya adalah terhad kepada 2000 orang sahaja! Maklumat penting yang anda perlu tahu ada di bawah ini:

  • Tarikh: 18 dan 19 November 2017 (Sabtu dan Ahad)
  • Sesi: 10am-2pm atau 4pm-8pm
  • Lokasi: Stesen LRT Ara Damansara
  • Harga tiket: RM48 (Early bird) , RM58 (Harga biasa)

Anda akan dibenarkan masuk untuk 2 sesi bagi setiap satu tiket, dan paling best sekali, anda boleh pilih sesi yang anda suka semasa membeli tiket!

Cuma perlu bawa perut yang kosong dan wang tunai sebab korang boleh beli ayam goreng dekat sana nanti kalau apa yang dihidangkan tak cukup buat korang kenyang!  Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan! Balik rumah senyum lebar, perut kenyang hati pun senang…

Ayam 2
sumber: friedchillies
Ayam 7
sumber: friedchillies

Tapi, apa-apa pun jangan lupa beli tiket! Korang boleh beli tiket di sini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan melalui page Friedchillies’.

Baca: 8 Korean Fried Chicken Paling Best Anda Perlu Cuba di Lembah Klang!

Korean Chicken

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.