Proton Bakal Lancar SUV Pertama Akhir Tahun 2018. Ini Yang Anda Perlu Tahu…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Proton merupakan jenama kereta nasional pertama yang bertapak di negara ini dan telah mengeluarkan kereta pertama iaitu Proton Saga pada 9 Julai 1985. Kereta pertama proton ini telah pun dieksport sehingga ke United Kingdom dengan nama Proton Triple Valve pada tahun 1988.

Tahun demi tahun, Proton tidak pernah ketandusan idea mengeluarkan kereta yang bukan sahaja berkualiti, malah harganya juga berpatutan. Menurut Malaysian Reserved, pada suku tahun keempat ini, Proton bakal mengeluarkan kereta baru.

Sumber: Facebook

Namun begitu, terdapat kelainan pada kereta Proton pada kali ini kerana julung kalinya mereka mengeluarkan kereta SUV yang berdasarkan rekaan Geely Boyue dari China. Wow!



Orang ramai mungkin sudah sedia maklum bahawa Proton telah menjual sebanyak 49.9% daripada sahamnya kepada syarikat China, Zheijiang Geely Holding Group Co Ltd pada pertengahan tahun lepas. Rekaan asal Boyue pernah diperlihatkan kali pertama pada bulan Jun 2017 ketika majlis perjanjian antara dua syarikat tersebut.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Boyue telah direka oleh bekas pereka Volvo, Peter Horbury yang kini merupakan ketua pereka di studio rekaan Geely di Gothenburg, Shanghai, Barcelona dan Los Angeles. Berikut merupakan maklumat yang anda perlu tahu tentang kereta SUV pertama keluaran Proton ini:

  1. Mempunyai lima tempat duduk
  2. Mempunyai saiz panjang 4.5 meter
  3. Menawarkan pelbagai enjin termasuk empat silinder enjin 2.4 liter dan 1.8 liter turbocharged unit
  4. Terdapat dua pilihan transmisi iaitu manual dan automatik dengan enam kelajuan bergantung kepada pilihan enjin.
  5. Bakal diletakkan pada harga mampu milik.
  6. Sedia dipandu uji pada bulan Oktober 2018
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Menurut sumber, jika di China, Boyue berharga 110,000 yuan (kira-kira RM68,500) sementara saingannya, Honda CR-V dan Mazda CX-5 dijual pada harga lebih RM100,000 sekaligus menjadikannya antara kereta SUV yang mampu dimiliki.

Walau bagaimanapun, kereta SUV itu perlu melalui beberapa siri ujian dan penilaian sebelum pelancarannya. Antara proses yang akan dijalankan adalah bagi mendapatkan sijil daripada Program Penilaian Kereta Baru (NCAP) dan SIRIM yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Difahamkan kilang Proton di Tanjung Malim yang akan menampung pengeluaran kereta SUV pertama keluaran Proton dan dimaklumkan, kereta SUV itu dikatakan terdapat di bilik pameran Autocity yang terletak di Juru, Penang.



Nota: Info adalah berdasarkan maklumat terkini. Sebarang perubahan tertakluk kepada pengeluar.

Wah, tak sabarnye!

Baca: Wow! Pelumba Hebat United Kingdom Jadikan Proton Iriz Kereta Pilihan, Menangi Tempat Ke-3

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.