Polis Trafik Dirakam Terima Rasuah Ketika Berjabat Tangan Dengan Lelaki Yang Ditahan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kita sudah biasa dengan sikap rakyat Malaysia yang memberi rasuah kepada polis trafik apabila ditahan kerana melanggar undang-undang jalan raya.

Seperti sebuah rakaman video berdurasi 7 saat ini yang menunjukkan seorang pegawai polis trafik ‘menyelesaikan masalah’ dengan seorang pemandu yang ditahan.

Di dalam video itu, mereka boleh dilihat berjabat tangan di mana pemandu kereta berkenaan masih duduk di dalam kereta. Secara ‘halus’, lelaki itu menyelitkan wang kertas kepada polis berkenaan ketika sedang bersalaman.



Polis itu begitu peramah dan sambil ketawa berkata,

Boleh la apa pulak tak boleh pulak. You cakap boleh saya boleh lah.”

 

Polis itu juga sebenarnya tidak tahu bahawa aksinya sedang dirakam dan dimuat naik di Facebook.

Selepas video itu tular di Facebook, netizen bagaimanapun menyalahkan individu yang merakamkan video tersebut.

Orang dah tolong, ambil video buat apa. Kalau dia saman kau kan dah melayang RM300. Apa tujuan bagi dia duit dan viralkan? Orang dah tolong diam-diam sudah lah.”

Ada juga netizen yang mematuhi undang-undang dan menekankan bahawa rasuah adalah salah.

Saya pernah lalui perkara yang sama. Dia (polis) tanya jika saya mahu disaman atau selesaikan serta merta. Saya pilih untuk disaman. Jika dia benar-benar mahu bantu saya, dia akan lepaskan saya tanpa amaran, bukan minta wang dari saya.”

Sama ada anda memberi atau menerima rasuah, dua-dua sememangnya salah di sisi undang-undang. Katakan tidak kepada rasuah!



Tonton video di bawah:

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!