Penganggur Sembur Pemadam Api di Rumah Bekas Teman Wanita Kerana Tidak Puas Hati

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Seorang lelaki berusia 35 tahun dilaporkan telah menyembur pemadam api di ruang tamu rumah bekas teman wanitanya, lapor The Star. Menurut laporan, lelaki yang tidak bekerja itu berbuat sedemikian kerana tidak berpuas hati wanita tersebut tidak melangsaikan hutangnya sebanyak RM3,500.

Gambar hiasan

Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 malam Jumaat lalu, lelaki berkenaan yang sedang marah telah menjerit dari luar rumah bekas kekasihnya itu namun kerana takut diapa-apakan, wanita tersebut enggan membuka pintu rumahnya yang terletak di Kampung Salit, Jitra, Kedah.

Dia kemudian berlari ke dapur sebelum kembali ke ruang tamu dan mendapati semua perabot bertukar menjadi keputih-putihan diselaputi serbuk dari pemadam api.



Gambar hiasan

Wanita berusia 31 tahun itu juga mendakwa ketika terserempak dengan lelaki berkenaan berdekatan dengan rumahnya pada hari Khamis, lelaki itu telah mengugut untuk membunuhnya jika dia enggan membayar hutang yang dinyatakan.

Bagaimanapun, wanita itu menafikan bahawa dia mempunyai hutang yang masih belum dilangsaikan. Menurutnya, dia yang selalu menanggung perbelanjaan untuk makanan dan minuman sepanjang mereka menjalinkan hubungan.

Gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Mohd Ismail Ibrahim, polis menemukan alat pemadam api di luar rumah wanita berkenaan selepas dia membuat laporan polis pada hari yang sama kejadian berlaku.

Pasangan itu dikatakan bekerja sebagai pembantu restoran dan menjalinkan hubungan selama hampir 3 tahun sebelum berakhir baru-baru ini.

Menurut Bernama, lelaki itu telah ditahan pihak polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kerosakan dan Seksyen 506 kerana intimidasi jenayah.



Kalau dah tak bekerja tu macam mana pulak dia cakap perempuan tu hutang dia? Mana pulak dia dapat duit pinjamkan perempuan tu? Hurmmm

Baca: Lelaki Letak Bom Buatan Sendiri Dalam Kereta Bekas Kekasih Kerana Hubungan Diputuskan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!