in

“Pagi ini saya pergi potong rambut. Bayarannya RM12 tapi saya bayar dia RM32”

Z1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sudah berubah di mana kini ramai yang mengejar kekayaan dan semakin pentingkan diri sendiri, membuatkan kita alpa dan tidak berfikir tentang apa yang lebih penting dalam dalam hidup kita.


Seorang rakyat Malaysia bernama Jagdish Singh berkongsi tindakan dan tanggapannya yang memberi inspirasi di Facebook.

Status berkenaan dikongsi pada 4 February 2016 di Facebook miliknya namun kisah berkenaan menjadi viral dalam sekelip mata dan disebarkan semula oleh netizen baru-baru ini.

Apa yang ditulis Jagdish adalah,

“Pagi ini saya pergi potong rambut. Tukang gunting rambut itu agak muda dan berasal dari India. Bayaran sebenar hanyalah RM12 tapi hari ini saya bayar dia RM32, termasuk RM20 tip untuk dia.”

“Dia agak terkejut dan saya beritahu dia ‘Awak simpan yang ini’ dan berterima kasih padanya kerana mengguntingkan rambut sebelum bergerak pulang ke rumah.”

B
sumber: all posters | untuk tujuan ilustrasi sahaja

“Secara tiba-tiba saya terfikir, berapa sangatlah gaji yang diperolehi dan berapa banyak dia dapat berikan ke India dengan kadar mata wang Malaysia sekarang.”

“Adakah dia mempunyai isteri dan anak-anak di rumah? Sudahkah dia makan sarapan pagi? Berapakah nilai RM20?”

“Sebentar tadi pula saya menikmati makan tengahari di sebuah gerai kecil di Bukit Bintang.”

“Saya ternampak dua askar dan dua pegawai polis sedang makan bersama-sama dengan senjata di tangan. Saya buka dompet saya dan hanya mempunyai RM20.”

“Saya memanggil pelayan kedai dan beritahu akan kembali selepas mengeluarkan wang tunai dari bank berdekatan. Selepas pulang dari bank, saya perasan mereka masih di situ.”

“Saya tanya pelayan jika mereka sudah membayar dan dia menjawab ‘Belum’. Saya beritahunya saya akan bayar untuk mereka juga.”

“Lagipun, berapa sangatlah saya belanjakan? Ia hanyalah RM30 untuk mereka berempat. Adakah RM30 itu cukup bagi mereka yang bertugas melindungi nyawa orang lain? Adakah nilai itu mampu membeli nyawa mereka jika mereka terkorban?”

Z 1
sumber: jagdish singh

[sociallocker id=1666]

Jagdish sangat jelas cuba menekankan bahawa duit bukanlah segala-galanya.

“Ia hanyalah satu nilai di atas sekeping kertas. Selepas hidup selama 31 tahun, jika saya mati esok, kertas ini semua tidak memberikan apa manfaat kepada saya pun.”

“Saya mengaku saya tidaklah mempunyai wang yang banyak tetapi adakah itu menghalang saya untuk memberi? Apa yang membuatkan kita berfikir bahawa hanya dengan mencari duit, menyimpan dengan banyak dan mengumpul dengan banyak dan gunakan untuk diri sendiri akan membuatkan kita bahagia?”

“Adakah wang itu menjamin hidup yang kekal? Of course tak!”

Jagdish berkata jika beliau tidak menggunakan RM50 itu untuk orang lain, mungkin sahaja ianya digunakan untuk beli makanan mahal, pakaian baru atau bersantai di bar sambil menikmati minuman. Namun, beliau tidak percaya bahawa perkara itu semua penting.

“Adakah itu sahaja yang penting? Bukankah kita semua manusia yang hidup dengan matlamat yang sama? Jadi, kenapa wujudnya sikap kedekut?”

“Hari ini, RM50 milik saya ini yang saya berikan kepada orang lain, tidak membuatkan saya sedih, tidak membuatkan saya lapar, saya tidak menyesal dan ia sememangnya tidak membuatkan saya miskin.”

A1 3
Sumber: my news hub

“Apa yang saya hilang, saya akan sentiasa boleh dapatkannya semula.”

“Ia hanya menyedarkan saya bahawa apa yang saya miliki hanyalah nilai di atas sekeping kertas. Tetapi jika kita letakkan nilai kertas itu pada diri sendiri, barulah ia benar-benar berbaloi. Hidup ini bernilai, hanya jika kita mempunyai nilai.”

“Pada akhirnya, apa yang anda ‘ada’ adalah apa yang anda berikan (bersedekah).”

[/sociallocker]

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.