Nak Beli Nombor Plat Kereta Baru, Komen ‘Win’ Netizen Ini Buat Aliff Syukri Istighfar

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Bagi mereka yang mengikuti Instagram Abang Terlajak Laris kita ini, pasti anda semua tahu yang Datuk Seri Aliff Syukri gemar memaparkan aktiviti harian hidupnya buat tatapan ramai. Namun baru-baru ini, sekali lagi perkongsian Aliff Syukri di Instagram menimbulkan kontroversi.

Sumber: Instagram

Tiga hari lepas, Aliff telah memuat naik status yang memaklumkan bahawa dia kini sedang mencari dan mahu membeli nombor pendaftaran ‘1’. Nombor tersebut menurutnya adalah untuk kegunaan kenderaan barunya nanti, lapor Malaysian Digest.

“Kalau korang ada nombor satu (1) yang ingin dijual pada harga yang berpatutan, tak kisah dari negeri mana pun yang penting nombor satu, sila hubungi saya di talian 0123743261. WhatsApp harga dan juga secepat mungkin. Nombor lain tak nak ya.” 



Sumber: Instagram

Peluang keemasan bagi sesiapa yang nak jual nombor plat mereka dengan harga menarik tu! 

Namun sebaik sahaja entri tersebut dikemaskini, pelbagai reaksi yang diberikan netizen termasuklah ada yang mula berteka-teki akan jenis kereta apa yang bakal dibeli jutawan tersebut.

Malah ada juga yang sempat mentarbiah Aliff Syukri untuk hidup bersederhana dan tidak elok mempamerkan kekayaan yang dimilikinya.

Sumber: Instagram

Pun begitu, terdapat satu komen dari pengguna Instagram yang menarik perhatian ramai termasuklah Aliff Syukri sendiri. Netizen dengan nama @amirulrazaki itu meneka secara rambang kereta mana yang bakal dibeli usahawan tersebut dan menyatakan ‘maksud’ disebalik pilihan nombor ‘1’ itu.

“Saya nak teka van jenazah. Plat nombor 1, semoga ingat pada yang 1 (Allah).” 

Dush! Menusuk ke kalbu! 



Aliff Syukri yang menyedari komen tersebut kemudian membalas kepada jejaka itu, “Astaghfirullah hal Azim.” 

Sumber: Instagram

Rata-rata netizen yang membaca komen tersebut menyifatkan ia merupakan tekaan paling ‘win’ dari tekaan pengikut-pengikut Instagram Datuk Seri Aliff Syukri yang lain. Malah ada juga yang merasakan ia sebagai ‘gurauan kasar’ yang menusuk ke hati. Ehem sampai istighfar Aliff Syukri dibuatnya! 

Terdahulu, Aliff Syukri pernah membeli kenderaan Rolls-Royce dengan nombor pendaftaran PMD1 pada tahun lepas. Tahun ini, kemungkinan besar Aliff Syukri ingin menambah lagi koleksi kereta mewah yang baru. Siapa tahu mungkin Datuk Aliff nak beli Hummer pulak kan??

Sumber: Instagram

Apa-apapun semoga Aliff Syukri berbahagia dengan kemewahan yang dimilikinya sekarang. Manakala bagi komen Amirul pula, kita anggap saja ia tarbiah di hari Jumaat ini….

Baca: “Bersyukurlah Dato. Orang lain ada lagi susah dari Dato” – Aliff Syukri Dihentam Kerana Status di Instagram



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!