in

Kenalkah Anda Dengan 7 Pejuang Kemerdekaan Ini?

Ibu Zain Siew Sin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang tertulis di buku-buku Sejarah sejak dari Tingkatan 1 hinggalah ke Tingkatan 5, nama-nama yang pastinya segar dalam ingatan anda mengenai kemerdekaan ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun HS Lee, Tun VT Sambanthan, Dato’ Onn Jaafar dan lain-lain.


Namun masih ingatkah anda akan nama-nama seperti Antanom, Ibu Zain, Burhanuddin Helmi dan Janaky Athi Nahappan?

Berikut kami senaraikan TUJUH pejuang kemerdekaan yang sudah dilupakan remaja masa kini:

1. Antanom

sumber: tumblr

Antanom atau nama penuhnya Ontoros Antanom merupakan pahlawan Murut yang terkenal dari Borneo Utara (atau kini dikenali sebagai Sabah) yang menurut sejarah lisan mempunyai kuasa sakti. Beliau terkenal dengan Revolusi Rundum dalam menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang mengenakan pelbagai cukai kepada penduduk tempatan.

1200Px Tenom Statue Of Ontoros Antanom
sumber: wikipedia

Pun begitu, Antanom mati terbunuh semasa pertempuran dengan tentera SBUB di Sungai Selangit berhampiran dengan Kesiangan setelah diperangkap dan dikepung.

 

2. Rosli Dhoby 

Rosli Dhoby
sumber: sarawak stories

Rosli Dhoby merupakan pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau telah didapati bersalah kerana menikam Gabenor British Sarawak, Sir Duncan Steward sehingga mati menggunakan sebilah pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Pada mulanya Rosli tidak mengaku akan kesalahan yang dilakukan. Namun dia akhirnya terpaksa mengalah selepas ibunya telah diugut untuk ditembak.

Stabbing
sumber: gopa comic

Rosli meninggal dunia di tali gantung pada 2 Mac 1950 dan kematiannya bersama tiga orang sahabat lain telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

 

3. Burhanuddin al-Helmy

Burhan
sumber: maruwiyah

Datuk Seri Dr. Burhanuddin Bin Ungku Muhammad Nor merupakan bekas Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1956 hingga 1969. Burhanuddin telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan mewujudkan Melayu Raya yang menggabungkan Malaya-Indonesia.

Unnamed
sumber: 10 tahun sebelum merdeka

Namun Burhanuddin akhirnya beralih arah ke PAS pada tahun 1956 dan digambarkan sebagai ‘nasionalis radikal’ dan pemikir Islam. Beliau kemudian dipenjarakan selama setahun di bawah ISA kerana kononnya menjadi ejen Indonesia dan menentang penubuhan Malaysia.

Pada 25 Oktober 1969, Burhanuddin meninggal dunia akibat penyakit lelah.

 

4. Ibu Zain

Ls2 Big
sumber: utusan online

Tan Sri Hajah Zainon bte Munshi Sulaiman ataupun lebih senang dikenali sebagai Ibu Zain merupakan tokoh pendidik dan politik wanita yang terkenal. Tidak seperti ahli politik lain, Ibu Zain lebih berminat dalam membincangkan soal pendidikan. Jasa Ibu Zain sangat bermakna dalam menjalankan kegiatan dakwah bagi memulih akhlak wanita yang terpengaruh dengan tentera Jepun, selain dari menyatukan kaum ibu untuk menyumbang bakti kepada kemerdekaan negara.

Cb7Nwzyueaap8Y
sumber: twitter

Wanita berani ini pernah mendaftarkan diri sebagai tentera sukarela dan meredah hutan seorang diri untuk menentang dakyah komunis yang menular di kalangan masyarakat. Beliau meninggal dunia pada 2 April 1989 di Johor Bahru kerana sakit tua.

 

5. Tun Tan Siew Sin 

Tan Siew Sin
sumber: the star

Tun Tan Siew Sin ialah Presiden MCA yang ketiga selepas Tun Tan Cheng Lock dan Lim Chong Eu. Beliau merupakan anak kepada negarawan Tun Tan Cheng Lock. Kerjaya politik beliau bermula apabila dia dilihat aktif dalam Independence Malaya Party (IMP) yang ditubuhkan Datuk Onn Jaafar. Namun malangnya, IMP tidak mendapat sokongan ramai kerana hanya memenangi satu daripada 12 kerusi yang dipertandingkan semasa pilihanraya 1952.

Tunku Abdul Rahman
sumber: the star

Tidak lama kemudian, Tun Tan Siew Sin bekerjasama dengan Parti Perikatan. Beliaulah yang mencadangkan supaya UMNO memberikan taraf kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Oleh kerana sikap kepimpinannya, Tunku Abdul Rahman telah melantik beliau menjadi Menteri Kewangan selama 15 tahun.

Pada 17 Mac 1988, Tun Tan Siew Sin meninggal dunia akibat sakit jantung.

 

6. Abdullah Fahim

Download
sumber: penang malays

Tuan Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim Ahmad bin Haji Abdullah I merupakan seorang cendekiawan Islam dan ahli astronomi atau falak yang terkenal pada masa sebelum kemerdekaan. Beliau juga ialah datuk kepada Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah Fahim mengajar ilmu teologi Islam di rumahnya dekat Kepala Batas dan Pondok Tuan Haji Wan Sulaiman Wan Sidik, Alor Setar.

Abdullah Fahim
sumber: yadim

Beliau masyhur sebagai ulama yang banyak memberi nasihat kepada pemimpin-pemimpin Melayu termasuklah Tunku Abdul Rahman dalam mendapat kemerdekaan. Abdullah Fahim jugalah yang menasihati Tunku untuk bekerjasama dengan pemimpin kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberikan kemerdekaan. Malah beliau juga mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan selepas membuat perkiraan hisab dengan takwim Hijrah.

Abdullah Fahim meninggal dunia pada 28 April 1961 ketika berusia 91 tahun.

 

7. Janaky Athi Nahappan 

Image 4
sumber: sinar harian

Puan Sri Janaky Athi Nahappan merupakan pengasas parti politik India pertama MIC bersama John Thivy pada tahun 1946. Terdahulu beliau pernah menyertai Tentera Nasional India (INA) dan berjuang menentang British di sempadan Burma-India untuk menuntut kemerdekaan India.

Setelah pulang ke Malaysia, beliau aktif dalam pelbagai pertubuhan sosial dan terbabit dalam Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Janaky telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara, termasuklah anugerah tertinggi negara India iaitu Padma Shri dalam mengiktiraf sumbangannya pada INA.

1997 0027
sumber: amitav ghosh

Janaky meninggal dunia pada 9 Mei 2014 akibat pneumonia.

Marilah kita mengenang dan menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan ini bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-60. Negaraku sehati sejiwa! 

Baca: “Doakan Keamanan Malaysia Terus Kekal” – Perdana Menteri Mohon Jemaah Haji Doakan Negara

Hhh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.