Kecoh di Media Sosial, Fattah dan Fazura Sudah Bernikah?

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Hubungan rapat antara pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sememangnya bukan satu rahsia lagi. Sejak digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderella, gosip mengenai mereka berdua menjalinkan hubungan cinta tersebar luas ke media. Cinta lokasi la ni…

Terbaru pada malam semalam, kecoh tersebar berita hangat mengatakan pasangan #Fattzura ini sudah bernikah dalam diam. Eh biar betul ni??

Sumber: Instagram

Menurut Harian Metro, khemah dan hiasan seperti majlis kahwin kelihatan di kediaman nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya malam semalam. Malah bukan itu saja, keluarga daripada pihak Fattah serta rakan, pengurus dan saudara terdekat kedua-dua pelakon itu juga dilihat menghadiri majlis tertutup tersebut.



Pun begitu, sebaik sahaja keluarga kedua-dua belah pihak menyedari akan kehadiran pihak wartawan, adik serta pembantu peribadi Fazura dilaporkan mengawal ketat laluan masuk kediaman dan menutup pintu pagar utama.

Sumber: Harian Metro

Setiap kereta yang melalui kawasan tersebut juga ditahan sebelum dibenarkan masuk. Ia kemungkinan untuk memastikan tetamu yang hadir berada dalam senarai jemputan. Hmm… mencurigakan sangat ni! 

Lebih menimbulkan tanda tanya peminat, Fattah menerusi Instagram telah memuat naik foto Kaabah dengan kapsyen “semoga semuanya dipermudahkan”.

Foto ini telah menerima beberapa komen ucapan mengenai ‘perkahwinan’ mereka dan ada juga yang membuat spekulasi kononnya pernikahan tersebut dilakukan semalam untuk mempermudahkan Fazura mengerjakan umrah bersama Fattah atas sebab mereka suami-isteri.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Namun hingga setakat ini, wakil daripada kedua-dua artis berkenaan masih mengunci mulut berhubung dakwaan tersebut. Pasangan ini dijadualkan bakal berangkat mengerjakan umrah pada pagi ini.



Terdahulu, tersebarnya khabar angin yang mengatakan Fattah, 27, dan Fazura, 34, bakal bertunang pada 13 November 2017 lalu, namun setakat ini tiada pengesahan dibuat oleh kedua-dua belah pihak.

Sumber: mStar

Sungguhpun begitu, menerusi sumber Harian Metro, pasangan tersebut dikhabarkan sudah pun bertunang pada malam semalam di lokasi yang sama.

Malah mereka juga dikhabarkan bakal bernikah di sebuah hotel di Makkah semasa mengerjakan umrah.

Marilah kita doakan yang baik-baik buat mereka berdua. Kalau betul sudah bernikah, tahniah buat pasangan ini! 

Baca: “Fattah sangat positif dan terbuka” – Sajat ‘Skandal’ Baru Fattah Amin? 



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!