in

Kanak-kanak Miskin Terpaksa Siapkan Kerja Sekolah di Tepi Jalan Raya Kerana Rumah Terlalu Gelap

Study China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa mana yang tidak pentingkan pendidikan. Menyediakan tempat belajar yang selesa dan sesuai adalah impian setiap ibu bapa untuk anak masing-masing. Pun begitu, tidak semua keluarga mampu menyediakan persekitaran terbaik untuk anak mereka mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan kerja rumah.


Inilah yang berlaku kepada sebuah keluarga di China apabila anak mereka terpaksa menyiapkan kerja sekolah di tempat yang tidak pernah difikirkan oleh mana-mana individu sekalipun, lapor Nextshark. Kanak-kanak dikenali sebagai Qu Sinian dari wilayah Guizhou ini tiada pilihan lain selain menyiapkan kerja rumahnya di tepi jalan raya setiap hari.

B1
sumber: nextshark
B2
sumber: nextshark

Tidak masuk akal, namun itulah yang terpaksa dilalui oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ini setiap hari untuk menyiapkan kerja sekolah kerana pencahayaan di rumah keluarganya yang kurang baik. Ditemani oleh ibunya, Li Gaoju setiap hari selepas waktu persekolahan, Sinian dilihat tekun menyiapkan kerja sekolah walau dalam keadaan kenderaan yang lalu-lalang.

Sinian membuat kerja rumah di tepi jalan raya bersebelahan rumahnya selama empat jam setiap hari sehingga waktu malam sebelum kembali semula ke rumah sewa mereka.

B3
sumber: nextshark

“Pencahayaan di rumah kami sangat teruk. Ia sangat gelap. Keluarga kami terlalu miskin. Anak saya terpaksa buat kerja rumah di tepi jalan, dah tiada jalan lain,” kata Li Gaoju.

Berpindah dari kampung halamannya di Wilayah Sichuan ke Guiyang untuk bekerja, bapa Sinian pernah terjatuh dari tempat tinggi sewaktu bekerja lapan tahun dahulu dan kini menjadi seorang penghantar barang. Li pula mempunyai masalah jantung yang tidak membolehkannya bekerja.

B4 1
sumber: nextshark
B5
sumber: nextshark

Dalam keadaan keluarga yang serba kekurangan, Sinian merupakan seorang pelajar cemerlang dan mendapat keputusan straight A di sekolahnya. Sinian bercita-cita mahu menjadi seorang doktor apabila dewasa supaya dia dapat mengumpul wang untuk berbelanja kepada keluarga di masa akan hadapan.

B7
sumber: nextshark
B6
sumber: nextshark

Kesiannya terpaksa buat homework tepi jalan raya. Semoga cita-cita Sinian akan tercapai dan dapat bantu keluarga tak lama lagi!

Baca: Wow! Kanak-kanak Lelaki Ini Menjadi Jutawan Pada Usia 6 Tahun. Ini Rahsianya…

Kaank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.