Jamal Yunos Buat Gila Pecahkan Kotak Berisi Botol Arak Depan Pintu SUK Selepas Dihalang Masuk

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Jamal Yunos buat hal lagi? Kali ini dia dilaporkan cuba menceroboh dan melakukan aksi ganas di hadapan bangunan sekretariat negeri Selangor untuk memprotes Better Beer Festival 2017 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurut NST, pengerusi Gabungan NGO Malaysia ini telah memecahkan beberapa buah kotak berisi minuman arak menggunakan tukul besi dan membiarkan kotoran dari botol arak yang dipecahkan dengan begitu sahaja.

Sumber: NST

Jamal yang ditemani lebih 20 orang penyokong telah memulakan protesnya dengan membawa berkotak-kotak arak ke Pagar 1 SUK dengan alasan untuk menyampaikan ia kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.



Walau bagaimanapun, tindakannya dihalang pengawal keselamatan di hadapan pintu utama.

“Kenapa saya tidak dibenarkan masuk? Kita datang bukan nak buat kacau. Saya datang nak beri botol arak ini ke pejabat Azmin. Saya nak beritahu dia untuk tidak menggalakkan rakyat buat perkara tidak senonoh dan merosakkan akhlak.

“Kalau nak minum, minum di SUK. Jangan mabuk di luar SUK. Kalau Azmin nak minum, nak mabuk, atau nak mampus, boleh buat dalam pejabat,” katanya lantang.

Sumber: MyNewsHub

Jamal kemudian dengan selambanya menjatuhkan botol arak yang dipegang ke atas jalan tar hingga pecah berderai isinya.

Dia kemudian menyusun beberapa kotak arak di hadapan pagar SUK bersama logo Better Beer Festival 2017 dan memecahkan kesemuanya menggunakan tukul besi. Botol-botol tersebut berderai di hadapan pintu pagar dan mengotorkan kawasan hadapan SUK.



Sumber: MyNewsHub

Jamal kemudian dengan mudah meninggalkan kawasan tersebut dengan menaiki MPV tanpa membersihkan kotoran yang dilakukannya.

Ketua penguatkuasa SUK, Misnun Ramli cuba mengejar kenderaan yang dinaiki Jamil untuk memintanya mengemas kotoran yang dibuat, namun panggilannya tidak diendahkan.

“Memang tak bertanggungjawab untuk tinggalkan macam ni saja. Kotoran ini dibiarkan di tengah jalan dan kami ada banyak pelawat keluar dan masuk.

“Ini bukan perkara yang betul kalau dia nak protes. Ada banyak serpihan kaca di tepi jalan, dan penyokongnya pun tak mengendahkan saya bila saya minta mereka bersihkan. Saya akan buat laporan polis mengenai hal ini,” katanya.

Tonton video di bawah:



Kalau nak protes pun agak-agaklah kan. Jangan sampai menyusahkan orang lain. 

Baca: Ibu Protes Mahu Telanjang Depan Pintu Sekolah Kerana Permohonan Masuk Anaknya Ditolak

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!