in

Isteri Trauma Nampak Kepala Suami Digilis Kenderaan Ketika Melintas Jalan

Page 7

Hanya mereka yang pernah alami sahaja faham perasaan sedih melihat orang yang disayangi maut di depan mata.

Seperti yang dialami warga emas ini yang menjadi saksi tragedi yang meragut nyawa suaminya. Kejadian dilaporkan berlaku di Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Ketika kejadian, mangsa Lee Thien Yu, berusia 62 tahun bersama isterinya sedang melintas jalan sebelum dirempuh oleh sebuah SUV Toyota Fortuner.

Dalam kemalangan yang berlaku Sabtu lalu, leher mangsa digilis oleh tayar kenderaan yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu menyebabkan kepalanya terputus dari badan.

L2
sumber: the star
L4
sumber: the star

Isteri mangsa ketika ditemui dan masih dalam keadaan trauma kerana menyaksikan kemalangan ngeri menimpa suaminya itu berkata, mereka keluar pada pagi itu untuk sarapan bersama. Menurutnya, mereka tidak menggunakan jejantas yang berada lebih kurang 100 meter dari tempat kejadian itu disebabkan keadaan suaminya yang tidak mengizinkan (tidak larat).

Dia mengingatkan saya supaya berhati-hati ketika melintas. Dia minta saya pergi dulu kerana dia mempunyai masalah untuk berjalan dan berkata akan mengikuti saya di belakang,” katanya.

Mayat Lee kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.

L6
sumber: the star

Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu. Asisten Komisioner M. Chandra, pemandu SUV itu telah pun ditahan pihak polis bagi mengambil keterangannya. Chandra turut mengingatkan pejalan kaki serta pemandu untuk lebih berhati-hati ketika di jalan raya.

Pejalan kaki dinasihatkan untuk berhati-hati dan gunakan lintasan pejalan kaki atau jejantas jika ada. Pemandu juga perlu memandu dengan berhati-hati dan patuhi had laju yang ditetapkan.” kata Chandra.

Chandra turut mengingatkan pemandu untuk memperlahankan kenderaan ketika berada berdekatan kawasan sekolah dan perumahan untuk mengelakkan kemalangan.

Siapa sangka sarapan pagi itu merupakan masa terakhir yang dapat diluangkan bersama suami tercinta. Diharap seluruh keluarga mangsa tabah menerima berita sedih ini.