“Ingatkan nak ambil gambar dengan pengantin” – Tema Pelamin Hello Kitty dan Doraemon Jadi Tarikan Utama Majlis Ini

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Setiap pengantin pastinya mahukan sesuatu yang unik di majlis perkahwinan masing-masing. Maklumlah, cuma sekali seumur hidup. Jadi pastinya mereka mahukan sesuatu yang boleh diinganti sampai bila-bila.

Seperti pengantin ini, yang menjadikan Hello Kitty dan Doraemon sebagai tema perkahwinan mereka. Menurut Mstar, majlis perkahwinan pasangan ini telah diadakan di Meru, Klang minggu lalu. Keseluruhannya, bermula dari pintu masuk sehingga ke pelamin, menjadi perhatian tetamu.

Sumber: Mstar

Seperti kebiasaannya, tetamu tidak sabar untuk menunggu pasangan raja sehari untuk bergambar bersama sebagai kenangan. Tetapi berbeza pula dengan pasangan ini.



Menurut pengantin,

“Kami turun sahaja dari pelamin, dah ramai yang nak naik. Rupa-rupanya ramai dah tak sabar tunggu pengantin turun. Ingatkan nak ambil gambar dengan pengantin”

Katanya lagi, inilah penangan pelamin Doraemon dan Hello Kitty. Tetapi pasangan pengantin ini tidak kisah, memandangkan itu adalah tujuan utama majlis itu dibuat.

Sumber: Mstar

Difahamkan, Seriheza merupakan perancang utama perkahwinan dan fotografi bagi mempelai ini, Nur Sakeena Kamarolzaman, 24 tahun dan Saiful Nizam Hassan, 35 tahun.

Selain daripada pelamin, ruang menyambut tetamu dan ruang bergambar photo booth turut dihiasi dengan dua watak kartun popular dari Jepun ini. Malah kad jemputan, dua basikal dan dua motorsikal, cenderamata buat tetamu serta gelang emas untuk acara batal air sembahyang turut berinspirasikan kartun itu.

Saiful yang merupakan pembantu stor berkata, dia mula mengenali Nur Sakeena sejak 2011, bagaimanapun mereka mula menjalin hubungan secara serius kira-kira tiga tahun yang lalu.



Sumber: Mstar

Pada awal perkenalan mereka, kedua-keduanya masih tidak mengetahui bahawa mereka berkongsikan minat yang sama iaitu mengumpul koleksi kartun kegemaran masing-masing.

Kata pengantin lelaki,

“Bila dah lama kenal, baru saya tahu Sakeena minat Hello Kitty dan dia tahu saya minat Doraemon. Minat kartun ni mengeratkan lagi hubungan kami”

“Jadi, dua minat ini disatukan sebagai idea untuk majlis meraikan kami sebagai suami isteri dengan kerjasama perancang perkahwinan”

Sumber: Mstar
Sumber: Mstar
Sumber: Mstar

Dalam pada itu, Saiful turut memaklumkan bahawa pada awalnya mereka merancang untuk memakai baju pengantin berinspirasikan Doraemon dan Hello Kitty. Namun rancangan itu terpaksa dilupakan dek kerana sukar untuk menemui kain bercorak Doraemon yang sesuai untuk dibuat baju pengantin lelaki.

Mereka juga merancang untuk menghiaskan koleksi peribadi masing-masing seperti patung mainan di majlis perkahwinan itu, tetapi tidak jadi kerana berisiko untuk hilang.

Meriahnyaaa majlis dorang! Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru daripada kami! 🙂



Baca: Pasangan Ini Ambil Gambar Kahwin Dengan Bergantung di Tebing Setinggi 100 Meter!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.