in

Indonesia Lancar Aplikasi ‘AyoPoligami’ Buat Lelaki Yang Mahu Tambah Isteri

Ayopoligami2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aplikasi cari jodoh adalah platform yang sering kita dengar terutama sekali buat orang yang mahu mencari pasangan hidup dengan mudah. Namun, aplikasi sebegini tidak memihak kepada orang yang sudah berkahwin kerana ianya dikatakan tidak mempunyai tetapan ‘berpoligami’.


Tampilan Situs Ayopoligami.com Source Ayopoligami.com
sumber: nst

Disebabkan itu, seorang pereka aplikasi dari Indonesia telah tampil dengan sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai ‘AyoPoligami’ khusus buat lelaki yang mahu tambah isteri, lapor NST.

Lindu Pranayama telah melancarkan aplikasi ini khusus untuk memberi ruang kepada lelaki dan wanita yang ingin memperbesarkan keluarga mereka.

“Bila mereka menyertai laman mencari jodoh yang sedia ada, mereka tidak menemui pilihan untuk poligami. Maka dengan adanya aplikasi ini mereka dapat besarkan keluarga mereka.”

Ayopoligamicom 20170831 172823
sumber: nst

Aplikasi ‘AyoPoligami’ baru sahaja dilancarkan pada bulan April lalu dan ianya sudah pun dimuat naik sebanyak 10,000 kali. Namun, pendaftaran pengguna lain terpaksa dihentikan buat sementara waktu selepas aplikasi tersebut dilaporkan mendapat penyertaan palsu.

Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga terpaksa dihentikan kerana dikhabarkan ramai yang mendaftar masuk aplikasi tanpa pengetahuan isteri masing-masing. Mesti la, takde maknanya dorang nak minta izin isteri…

39683 Ayopoligami Screenshot Playstore
sumber: suara. Tv

Difahamkan, versi baru aplikasi ‘AyoPoligami’ bakal dilancarkan semula pada 5 Oktober dan kali ini peraturan yang lebih ketat akan dikenakan ketika mendaftar. Antaranya, mereka harus mengisi nombor kad pengenalan, status perkahwinan dan memuat naik surat izin dari isteri masing-masing sewaktu proses pendaftaran.

Lepas ni, ramai lah yang check phone suami kan? Hehe

Baca: Rakyat Malaysia Kini Dengan Mudahnya Boleh Membuat Laporan Polis Menggunakan Aplikasi VSP

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.