Ibu Protes Mahu Telanjang Depan Pintu Sekolah Kerana Permohonan Masuk Anaknya Ditolak

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak? Demi kejayaan anak di masa hadapan, mereka sanggup berkorban apa saja meskipun mereka kehilangan harta dan maruah diri.

Namun apa yang bakal dilakukan ibu muda dari Indonesia ini telah mengejutkan warga netizen setelah tersebar sebuah video mengenainya yang mengaku sanggup berbogel demi mencapai impian untuk mendaftarkan anaknya ke sekolah yang dikehendaki, lapor Bangka Post.

Melalui rakaman video tular itu, wanita yang bernama Ida memberi amaran bahawa dia akan bertelanjang bulat di hadapan pintu gerbang Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 12 Tangerang Selatan, Banten.



Sumber: Malaysian Digest

Tujuannya ingin melakukan perkara tersebut adalah sebagai tanda protes jika pihak jawatankuasa pendaftaran pelajar baru di sekolah tersebut menolak permohonan kemasukan anaknya. Wuish nekad betul akak ni! 

“Saya bersedia untuk bertelanjang bulat di hadapan pintu gerbang SMP. 

“Tapi sebelum itu saya akan cukur bulu kemaluan saya dulu sebelum berbogel,” kata Ida dengan serius di hadapan beberapa orang lelaki.

Aih tak senonoh betullah ibu muda ni! 

Sumber: Tribunnews

Pengakuan berani matinya itu telah mendapat respon negatif dari netizen yang mengecam tindakan wanita tersebut sebagai menjatuhkan maruah wanita Islam yang bertudung.



“Harga dirimu hancur bu, malu sama hijab yang dipakai.” 

“Berani ngomong (cakap) begitu pakai kerudung (hijab).”

“Hmm begitu… Legowo (lapang dada) saja kalau tak diterima bu, mungkin ada faktor lain,” kata para netizen.

Menurut Malaysian Digest, ibu muda tersebut sangat kecewa dengan sistem baharu pengambilan pelajar yang mula dipraktikkan sekolah berkenaan.

Gambar hiasan

Hal ini kerana di Indonesia, kemasukan pelajar baharu di sekolah-sekolah ternama sangat sukar ekoran daripada wujudnya persaingan sengit di kalangan pelajar cemerlang, ditambah dengan kekurangan institusi pendidikan yang klasifikasikan sebagai ‘baik’.



Agak-agaklah sampai nak ugut bogel. Malulah anak tu nanti kalau dia tahu mak dia sampai bertelanjang nak bagi masuk sekolah bagus. 

Tonton video di bawah:

Baca: Alicia Amin Dikecam Hebat Oleh Netizen Kerana Gambar Separuh Bogel Untuk Jual Pakaian Dalam Wanita

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!