in

“Harap pegar, pegar makan padi” – Netizen Berang 5 Polis ‘Dilepaskan’ Selepas Kantoi Rompak Kedai Emas

Featured Polis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang sekali kita mahu mendengar apa-apa berita buruk yang berkaitan dengan polis. Seperti yang kita tahu, tugas polis adalah untuk menjaga keamanan negara di samping membanteras jenayah. Tetapi lain pula jadinya, apabila tular kisah merompak yang dikaitkan dengan pihak polis.


Menurut WOB, 5 orang pihak polis telah ditangkap pada 12 Disember yang lepas, kerana telah merompak di salah sebuah kedai emas yang terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Difahamkan, mereka telah pergi ke kedai emas tersebut pada 9 Disember lebih kurang jam 10 malam untuk beroperasi di sana.

Polis 2
sumber: wob

Setelah selesai operasi, mereka tidak terus pulang tetapi mereka terus berada di sana dan merompak kedai emas tersebut. Malah mereka juga berjaya mengambil RM35,000 milik kedai emas itu. Selepas kejadian, pemilik kedai emas telah membuat laporan polis dan pihak polis berjaya menangkap salah seorang suspek di kediamannya, Taman Desa Baiduri. Dipercayai suspek yang berusia 51 tahun itu adalah dalang kepada rompakan ini.

Suspek kemudiannya mengaku bersalah dan memaklumkan bahawa terdapat 4 orang lagi pihak polis yang turut terlibat di mana lingkungan umur mereka antara 28 hingga 34 tahun. Suspek juga mengaku bahawa dia cuba untuk merasuah 4 orang pihak polis itu dengan memberikan RM700 setiap seorang, tetapi mereka tidak menerima rasuah tersebut.

Polis 1 1
sumber: wob

Selepas siatan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah, telah mengesahkan bahawa kelima-lima suspek telah dibebaskan dengan jaminan dan laporan mengenainya akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan di atas rompakan secara berkumpulan.

Kejadian ini rata-ratanya menerima kecaman dan komen negatif dari rakyat Malaysia. Mereka menyuarakan kemarahan mereka tentang tingkah laku pihak polis yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka.

Polis 3 1
sumber: wob

“Undang-undang Malaysia! Patutlah orang luar pun tak percaya dengan undang-undang kita!

Polis 5
sumber: wob

“Polis memang tak boleh dipercayai”

Polis 4
sumber: wob

“Sebab itu lah saya tak percaya kat polis. Disebabkan seorang, semua akan nampak jahat di mata kita”

“Harapkan pagar, pagar makan padi. Bagaimana dengan keselamatan masyarakat. Orang-orang yang dipertanggungjawabkan sendiri melakukan jenayah itu. Itu belum rahsuah lagi. Apa nak jadi dengan Malaysia?”

Diharapkan pihak PDRM dapat mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka. Disebabkan orang seperti mereka, pihak polis yang lain turut terkena tempiasnya!!

Baca: “Orang malam pertama dengan isteri, bukan dalam lokap!” – Pengantin Baru Terima Padah Halang Polis

Jail6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.