in

Guru Ditahan Kerana Hantar Gambar Wanita Sedang Beronani Kepada Pelajar

Cikgu Porn

Bukan sahaja anak murid tetapi guru juga perlu menghormati serta menjaga batas dengan pelajar mereka. Namun, seorang guru dari Jakarta ini telah melakukan perkara yang tidah seharusnya dilakukan oleh seorang pendidik.

Menurut Coconuts, seorang guru sekolah menengah dilaporkan telah mencabul empat pelajar perempuannya dengan menghantar gambar pornografi dan lucah kepada mereka melalui aplikasi Line.

Mengikut laporan dari The Star, guru bahasa Inggeris yang dikenal pasti sebagai Tri Sutrisno itu telah menghantar gambar-gambar wanita bogel yang sedang beronani dan didakwa ‘mengajar’ kesemua pelajar tersebut bagaimana untuk memuaskan wanita secara seksual. Ewwww!

Cikgu Porn1
gambar hiasan

Difahamkan, ibu bapa kepada salah seorang pelajar itu yang mendapat tahu tentang mesej-mesej tersebut sebelum segera melaporkan hal itu kepada pihak polis. Susulan itu, Tri telah ditahan oleh Polis Metro Jakarta pada 10 Ogos lalu di sekolah tempatnya mengajar.

Guru berusia 24 tahun itu didapati menghantar dua gambar wanita bogel sedang beronani kepada pelajar di bawah umur selain turut menghantar mesej-mesej berbaur seksual.

Menurut pihak polis, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti jika ada kaedah lain digunakan guru tersebut selain menghantar mesej tidak senonoh.

Cikgu Porn2
gambar hiasan

Tri didakwa mengikut Perkara 76E Akta Perlindungan Kanak-Kanak, Akta Kanun Jenayah (KUHP), dan Akta Transaksi Maklumat dan Elektronik (UU ITE). Sekiranya terbukti bersalah, lelaki itu akan menghadapi sekurang-kurangnya 15 tahun hukuman penjara.

Diharap pihak berkuasa siasat kes ini dengan terperinci dan memberikan hukuman setimpal kepada guru yang memalukan itu!

Baca: “Cikgu, jom lah buat…” – Guru Praktikal Dedah Kisah Pelajar Memujuknya Melakukan Seks

Page 1