Gadis PATI Mengaku Rakyat Malaysia Kantoi Selepas Tidak Tahu Nyanyi Lagu ‘Negaraku’

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sebagai seorang rakyat Malaysia, semestinya lagu ‘Negaraku’ sudah terpahat di dalam minda kita., apatah lagi dinyanyikan setiap hari ketika zaman persekolahan.

Maka, ianya menjadi pelik jika anda mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi tidak tahu menyanyikan lagu tersebut, kan? Menurut NST, satu serbuan telah dijalankan oleh Jabatan Imigresen 11 Oktober lalu di sebuah blok pangsapuri di Pudu untuk menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI).

Gambar hiasan

Ketika serbuan itu, mereka berdepan dengan seorang gadis yang berkeras mengaku bahawa dia merupakan rakyat negara ini, meskipun tidak mempunyai dokumen sah sebagai bukti.



Pelbagai alasan diberikan ketika ditanya dan turut mengaku dia sedang mengandung 3 bulan serta perlu dihantar ke hospital untuk mengelakkan diri daripada ditangkap. Pandai kau eh!

Terlalu letih melayani kerenah gadis itu, pegawai yang terlibat membuat keputusan untuk menyuruhnya menyanyikan lagu kebangsaan negara bagi membuktikan bahawa dia benar-benar rakyat Malaysia. Haa kan senang.

Sumber: NST

Dan, sudah semestinya dia gagal menyanyikan lagu itu menyebabkan pegawai tersebut terus menangkapnya bersama dengan 20 orang pendatang asing tanpa izin yang lain. Kesemua mereka terdiri daripada 18 warganegara Myanmar, seorang India, seorang Indonesia dan seorang Pakistan.

Pada masa yang sama, serbuan lain turut dijalankan di sebuah cawangan pusat hiburan di Jalan Kia Peng di mana 25 PATI turut ditahan. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, pihaknya bertindak selepas menerima maklumat tentang aktiviti menyalahi undang-undang yang berlaku di tempat itu.

“Mereka memeriksa seramai 40 orang di cawangan itu dan 25 telah ditahan terdiri daripada 20 wanita rakyat Thailand, 2 Uzbekistan dan 2 lelaki dari Bangladesh.”



Sumber: World of Buzz

Mustafar turut berkata bahawa Jabatan Imigresen akan berkongsi tentang maklumat yang mereka miliki dengan jabatan dan agensi lain selepas siasatan selesai.

Sebagai rakyat Malaysia, anda patut tahu menyanyikan lagu ‘Negaraku’ tau. Jangan cakap lepas habis sekolah terus lupapulak!

Baca: Warga Asing Salahguna Pas Lawatan Kantoi Tawar Khidmat Seks Melalui Aplikasi WeChat

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!