“Dia takut jatuh cinta dengan Neelofa balik kot,” – Fattah Amin Dipanggil Pengecut, Tidak Hadir MeleTOP

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sekali lagi nama Fattah Amin dan Neelofa membanjiri media sosial gara-gara Fattah yang tidak hadir ke rancangan MeleTOP dihoskan oleh kekasih lamanya, Neelofa dengan gandingan pengacara bermulut lantang, Nabil Ahmad.

Peminat Fattah dan Neelofa semua dah pun bersedia di depan TV untuk saksikan mereka berdua selepas pihak produksi rancangan itu telah membuat pengumuman awal akan kemunculan Fattah Amin dalam rancangan tersebut.

Walau bagaimanapun, ketika rancangan itu sedang ke udara, pihak produksi telah memohon maaf kerana Fattah Amin tidak dapat menghadirkan diri.



Sumber: Instagram

Menghairankan, melalui rakaman peminat yang sudah berada di studio, Fattah sudah siap memakai microphone dan telah bersiap sedia berada di belakang pentas rancangan itu. Eh, ye ke ni?

Sumber: mStar

Menurut mStar, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad mengesahkan bahawa benar Fattah sudah berada dibelakang pentas, namun, perlu bergegas pulang kerana mempunyai hal kecemasan.

Tak cukup dengan itu, nampaknya mungkin sesuatu telah terjadi di belakang pentas yang menyebabkan pengurus Neelofa menjadi berang dan memuat naik di instastory berbaur sindiran terhadap individu yang tertentu.

Menurut instastory itu, dia katakan orang tidak tahu perkara sebenar yang terjadi di belakang pentas dan bimbang orang ramai akan menyalahkan Neelofa tanpa menyiasat perkara sebenar. Uishh…

Sumber: Twitter

Hal ini telah menyebabkan ramai peminat menghentam Fattah yang dikatakan tidak profesional kerana enggan berada dalam program yang sama dengan Neelofa. Tak kurang juga yang memanggil Fattah pengecut dan dayus.



Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Bukan itu sahaja, memandangkan pihak Fattah Amin masih belum bersuara untuk menjelaskan tentang insiden malam semalam, netizen pun mula mencipta teori masing-masing, kononnya Fattah masih belum move on daripada kekasih lamanya.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Apabila nama Fattah Amin dan Neelofa naik berkenaan insiden ini, tak hairanlah apabila Fazura juga turut terkena tempias. Tak pasal pasal Fazura pun terpalit…

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Mungkin peminat-peminat Fattah Amin dan Neelofa boleh bawa bertenang dan nantikan kenyataan rasmi daripada pihak Fattah sendiri untuk perjelaskan tentang ketidakhadirannya dalam rancangan MeleTOP walaupun sudah bersedia di belakang pentas.

Korang ni… Mana tau memang dia ada kecemasan yang menyebabkan dia kena balik. Korang pandai-pandai je buat teori sendiri.

Baca: “Air mata terakhir buat #lofattah” – Neelofa Dimalukan Peminat Yang Masih Tak ‘Move On’



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.