Budak 5 Tahun Hilang Selepas Ditinggalkan Bapa Dalam Hutan Sebagai Denda

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ibu bapa seharusnya menjaga anak-anak daripada pergi ke tempat-tempat berbahaya. Jarang sekali kita dengar ibu bapa yang sanggup membiarkan anak mereka dalam keadaan bahaya tambahan pula jika anak tersebut masih kecil.

Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang bapa di Filipina ini yang sanggup meninggalkan anak sendiri di dalam hutan. Menurut Nextshark, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan hilang selepas bapanya mendenda anak kecil itu dengan cara meninggalkannya di dalam hutan bersendirian!

Sumber: Nextshark

Lelaki dikenali sebagai Felipe Eranzo tersebut dikatakan telah melaporkan kehilangan anak perempuannya yang diberi nama Maria Fe itu pada hari Rabu lalu. Dalam kenyataan polis yang dibuat, Eranzo mendakwa bahawa anak kecil berkenaan telah ‘memalukannya’ di depan rakan-rakan.



Bukan itu sahaja, Eranzo turut memukul belakang leher anak kecil tersebut, lapor Daily Mail. Tanpa rasa bersalah memberitahu bahawa anaknya pengsan selepas dipukul, lelaki tersebut mendakwa dia tetap meninggalkan anak perempuan yang pengsan itu di dalam hutan berseorangan dengan alasan untuk memberinya ‘pengajaran’.

Sumber: Nextshark

Setelah lelaki tidak bertanggungjawab tersebut kembali ke kawasan berkenaan, kanak-kanak perempuan itu sudah tidak kelihatan lagi di tempat dia ditinggalkan. Eranzo kini telah ditahan oleh pihak berkuasa dan berdepan dengan dakwaan penderaan kanak-kanak atas tindakan yang dilakukan.

Pihak polis dilaporkan masih dalam proses mencari Maria Fe yang masih belum ditemui.

Sumber: Nextshark

Bukan sahaja lebih pentingkan air muka sendiri sampai sanggup memukul anak yang masih kecil, boleh pula dia tinggalkan anak sendiri yang tengah pengsan dalam hutan berseorangan! Bapa jenis apa la ni! Semoga anak kecil tersebut segera ditemui!

Tonton video di bawah:



Sumber: Youtube

Baca: Anak Kecil Berusia 5 Tahun Ditinggalkan Ibu Bapa di Hospital Kerana Menghidap Kanser

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.