6 Guru Bisnes Yang Patut Anda Follow di Facebook Untuk Terus Sukses Dalam Perniagaan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kesempitan hidup dan masalah kewangan yang kian meruncing membuatkan sesetengah daripada kita memilih untuk membuat kerja sampingan bagi mendapatkan sumber kewangan yang lebih demi menampung kehidupan keluarga. Selain daripada bekerja syif malam, perniagaan antara punca rezeki yang boleh mendatangkan keuntungan.

Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda, “9/10 daripada punca rezeki datang daripada perniagaan.” Namun bagi mereka yang baru berjinak-jinak menceburi bidang ini, mereka perlukan tunjuk ajar daripada yang pakar supaya perniagaan yang dijalankan berada di landasan yang betul.

Berikut kami senaraikan enam guru bisnes yang patut anda follow di Facebook untuk terus sukses dalam bidang perniagaan: 



 

1. Puan Ainon Mohd

Sumber: Sabree Hussin

Bagi mereka yang dahagakan ilmu perniagaan, Puan Ainon Mohd adalah antara nama yang tidak asing lagi dalam memberikan tips perniagaan yang berkesan. Selain dikenali sebagai usahawan yang berjaya, Puan Ainon juga seorang penulis dan mengasaskan syarikat penerbitan PTS Media Group Sdn Bhd. Kebanyakan pelajar Puan Ainon mengakui beliau adalah seorang guru yang rendah hati dan ilmu yang dikongsi sangat berguna.

Anda juga boleh ikuti tips bisnes beliau di page rasmi di sini.

 

2. Azri Walter

Sumber: Facebook

Azri Walter atau nama sebenarnya Azri Alwan Nordin merupakan seorang usahawan yang telah mengusahakan 20 cawangan kedai gunting rambut Walter Barbershop sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang dan Pulau Pinang. Sering menawarkan peluang pekerjaan buat anak muda menerusi laman Facebook, Azri juga gemar berkongsi pengalaman harian yang melibatkan tips bisnes kepada pengikutnya.



 

3. Zuryati Isa

Sumber: Munsyeed

Zuryati Isa atau dikenali sebagai Atie Zam merupakan seorang penulis lirik dan penerbit buku bagi syarikat Legacy Publishing. Sering berkongsi kisah tular di Facebook, Zuryati juga dikenali dengan tips bisnesnya yang penuh inspirasi supaya mereka yang menceburi arena ini tidak mudah patah semangat dengan jatuh bangun dunia perniagaan. Kalau nak terbit buku pun boleh ikuti tips berguna darinya juga ya! 

 

4. Roslan Ab Hamid 

Sumber: Facebook

Datuk Roslan Ab Hamid adalah antara sifu bisnes yang mempunyai pengikut yang ramai. Tips bisnes yang selalu diberikannya sangat tersusun dan bernombor supaya followers dapat memahami setiap entri dengan berkesan. Selain daripada berkongsi ilmu bisnes, Datuk Roslan juga pakar dalam bidang public speaking.

 

5. Hasbul Ariff & Hasbul Aqill



Sumber: Facebook

Walaupun masih muda, dua beradik Hasbul ini telah berjaya membangunkan Majalah Niaga yang tertumpu dalam menjadi sumber informasi utama bagi para usahawan. Hasbul Aqill merupakan pengasas dan CEO bagi Majalah Niaga. Manakala Hasbul Ariff pula merupakan pengarah pemasaran bagi RSS Sales & Marketing Sdn Bhd. Kedua-duanya gemar melakukan seminar mengenai perniagaan selain daripada suka berkongsi tips mengenai bisnes di laman Facebook masing-masing.

 

6. Ikram Al-Banjari 

Sumber: Facebook

Penulis kepada buku Kembara Peniaga Jalanan ini terkenal dalam kalangan anak muda yang mahu memulakan bisnes. Terbaru, beliau dikhabarkan akan mengadakan Kelas Bisnes Mikro yang mengetengahkan tema ‘Mulakan bisnes dengan apa yang ada di tangan’. Bagi yang berminat, bolehlah follow akaun Facebook Ikram Al-Banjari ini.

Nak mulakan bisnes ataupun inginkan semangat untuk terus sukses dalam bidang perniagaan? Ikutilah akaun Facebook mereka di atas. Gerenti ilmu yang diberikan amat berguna buat usahawan seperti anda! 

Baca: 20 Doktor Perubatan Yang Anda Patut Follow di Facebook 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!