10 Sekolah Paling Berhantu dan Simpan 1001 Kisah Mistik di Malaysia

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Masyarakat Malaysia memang sudah biasa dengan kisah-kisah hantu yang berlaku di dalam kawasan sekolah. Setiap pelajar pastinya mempunyai pengalaman sendiri mahupun pernah mendengar kisah-kisah menyeramkan yang pernah berlaku di sekolah mereka ataupun di sekolah-sekolah lain.

Dan sudah semestinya, akan ada sekolah-sekolah yang familiar dengan kisah-kisah mistik yang menjadi bualan orang ramai di seluruh negara. Jom tengok senarai 10 Sekolah Paling Berhantu di Malaysia!

 

1. Penang Free School, Pulau Pinang



Sumber: NST
Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

Sekolah ini merupakan sekolah tertua di Malaysia dan Asia Tenggara kerana telah bertapak sejak dari tahun 1816.  Menyimpan 1001 cerita menyeramkan antaranya terdapat lampu yang berkelip-kelip pada waktu malam.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa terdengar jeritan wanita pada lewat tengah malam. Dikatakan wanita tersebut adalah roh banduan yang diseksa pada zaman pendudukan Jepun.

 

2. Victoria Institution, Kuala Lumpur

Sumber: Blog
Sumber: World of Buzz

Terletak di kotaraya Kuala Lumpur Victoria Institution (VI) merupakan sekolah menengah lelaki yang telah ditubuhkan pada tahun 1893. VI pernah dijadikan sebagai pangkalan tentera Jepun semasa zaman pendudukan Jepun.

Difahamkan ramai tentera British serta penduduk tempatan yang diseksa dengan kejam di ruang bawah tanah bangunan sekolah ini. Dikatakan ada yang terlihat kelibat entiti di malam mahupun di siang hari serta banyak berlaku kes pelajar dirasuk.



 

3. Methodist Boys’ School, Kuala Lumpur

Sumber: Facebook
Sumber: Pinterest

Methodist Boys’ School telah ditubuhkan pada tahun 1897 dan merupakan sekolah kluster. Sekolah ini juga merupakan sekolah rendah dan menengah yang mempunyai ruang kampus yang luas.

Dikatakan terdapat terowong yang dibina pada zaman pendudukan Jepun, dan terdapat dakwaan terlihat roh berkeliaran di dewan sekolah pada waktu malam yang dipercayai roh askar Jepun yang pernah berada di situ.

 

4. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar

Sumber: Blog
Sumber: Blog

MCKK merupakan sekolah premier untuk pelajar lelaki sahaja yang telah ditubuhkan pada 1905 dan sangat terkenal kerana telah menghasilkan ramai tokoh terbilang negara.



Sekolah ini telah ditubuhkan oleh pihak British dan mendapat sokongan penuh daripada Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I. Memandangkan sekolah berprestij ini mempunyai sejarah yang panjang, tidak dapat dinafikan MCKK menyimpan kisah menyeramkan yang tersendiri.

 

5. SMJK Confucian, Kuala Lumpur

Sumber: Blog
Sumber: Alumni

SMJK Confucian dibina pada tahun 1906. Sekolah ini juga dikatakan mempunyai terowong bawah tanah dan laluan ini dihubungkan dengan Methodist Boys’ School ketika zaman pendudukan Jepun.

Dikatakan banyak roh yang berkeliaran di dewan sekolah serta kedengaran bunyi tentera Jepun berkawad pada lewat malam dan ada yang ternampak kelibat entiti berkeliaran di kawasan sekolah tersebut.

 

6. Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh

Sumber: Kosmo
Sumber: Facebook

Sekolah yang terletak di Ipoh ini telah ditubuhkan semasa penjajahan British pada tahun 1909. Sekolah ini juga dinamakan sempena nama Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada masa itu.

Dikatakan terdapat sebatang pokok besar di padang sekolah yang menyeramkan di hadapan pintu masuk sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator. Pokok ini dikatakan tempat entiti keluar masuk ke Sekolah Anderson dan SMT Lebuh Cator.

 

7. Saint Michael Institution, Ipoh

Sumber: Notey
Sumber: Ipoh World

Saint Michael Institution merupakan sekolah rendah dan menengah lelaki yang telah ditubuhkan pada tahun 1912. Sekolah ini terletak di Ipoh dan dibina oleh mubaligh Katolik.

Sekolah ini dikatakan sangat keras kerana pernah dijadikan ibu pejabat polis rahsia Jepun semasa Perang Dunia Kedua meletus di mana terdapat banyak penyeksaan yang telah terjadi di sini.

 

8. Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang

Sumber: Blog
Sumber: Mapio

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1923 dan pernah digunakan sebagai hospital tentera pada tahun 1941. Ketika Perang Dunia Kedua terjadi, beberapa orang guru dan pelajar sekolah ini telah dibunuh beramai-ramai.

Pembunuhan beramai-ramai itu telah diberikan istilah Sook Ching yang membawa maksud pembersihan Cina. Dikatakan histeria sering terjadi di sini dan anjing sering menyalak tanpa sebab pada ‘sesuatu’.

 

9. Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur

Sumber: Blog

Sekolah ini telah dirasmikan pada tahun 1964 dan mempunyai pelbagai kejadian menyeramkan yang pernah berlaku di sekolah ini. Sekolah yang terletak di Bandar Tun Razak ini digerunkan dengan kes pelajar dirasuk.

Satu kejadian menyeramkan pernah dirakam apabila seorang pelajar perempuan dirasuk dan dilihat bermain dengan gunting di koridor sekolah serta menendang pintu kelas dan memecahkan cermin tingkap menggunakan tangan.

 

10. Sekolah Menengah Kebangsaan Serian, Sarawak

Sumber: Foursquare

Sekolah ini tidak bertapak lama seperti sekolah-sekolah lain di dalam senarai ini. Namun begitu, terdapat pelbagai kejadian aneh yang telah berlaku di sini termasuklah kejadian histeria.

Kejadian yang berlaku pada tahun 2008 itu telah melibatkan seramai 12 pelajar yang baru pulang dari lawatan ke Gunung Gading, Lundu. Mereka telah menjerit dan membuat perkara aneh sehingga sekolah terpaksa ditutup sementara.

Setiap sekolah pastinya menyimpan seribu satu sejarah terutamanya sekolah lama. Share di ruangan komen jika anda pernah alami gangguan di sekolah….

Baca: 7 Hantu Terkenal Dalam Masyarakat Melayu Yang Digunakan Untuk Menakutkan Kanak-kanak

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.