Admin pasti korang familiar dengan nama Zynakal kan. Artis budak baru nak up (BBNU) yang dikatakan menyerang seorang pekerja stesen minyak baru-baru ini – sehingga ditahan polis.
Susulan itu Zynakal atau Muhammad Raziq Rosli telah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ampang selepas menyerang dan mencekik leher seorang pekerja stesen minyak, selain menghalang polis menjalankan tugas pada 28 Ogos lalu.
Namun begitu, korang tahu ke siapa sebenarnya Zynakal dan apa cerita dia sekarang?
Menurut rakan baiknya, Danish Jess, Zynakal, 21, sebelum ini telah disedari berkelakuan pelik seperti ‘orang tidak sedar’ sejak dua minggu sebelum berlakunya insiden berkenaan.
Danish yang juga bekas pembantu peribadi artis itu mendedahkan Zynakal juga tidak pulang ke rumah beberapa hari dan bercakap seperti ‘tidak sedar’.
“Dia kelihatan seperti sedar, tetapi ketidakstabilan mental menyebabkannya tidak menyedari apa yang dilakukan dan luahkan.
“Kami menghantarnya ke sebuah hospital swasta bagi menjalani rawatan, selepas keluar lokap, kelmarin. Kami mahu mengenal pasti sama ada dia berdepan gangguan mental atau terkena buatan orang.
“Saya perasan Zynakal berkelakuan pelik, sejak dua minggu lalu. Dia mula bercakap merapu, tidak pulang ke rumah, tidak tidur selama empat hari dan bergaduh dengan semua orang. Itu bukan dirinya yang sebenar,” katanya memetik laporan BH Online.
Bagaimanapun dia berkata ujian saringan air kencing turut mendapati penyanyi terbabit negatif dadah – tidak seperti yang didakwa netizen.
Jelas Danish, keperibadian sebenar Zynakal sama sekali tidak sama seperti yang didakwa kerana artis itu merupakan remaja yang bersikap baik dan menghormati orang.
“Bagaimanapun, saya dan rakan baik sedih melihat keadaannya. Zynakal budak baik, menghormati orang dan tutur bahasanya sentiasa menyenangkan”, jelasnya.
Namun begitu kata Danish, sikap aneh Zynakal muncul kembali selepas keluar daripada lokap dan bercakap seperti tidak normal meskipun sempat menunaikan solat Jumaat bersama.
“Selepas keluar lokap, perangai peliknya datang semula. Saya sempat menunaikan solat Jumaat bersamanya. Zynakal kelihatan sihat, cuma apabila ditanya, dia cakap seperti pergi bercuti selama dua hari.
“Sedangkan, dia ditahan reman dalam lokap, selama dua hari. Saya sedih melihat keadaannya,” katanya.
Baca: “Jangan nak poyo, muka kau buruk mulut kau busuk” – Pemuda Dikecam Ajar Budak Tadika Carut Zynakal