Rasanya ramai yang dah sedia maklum tentang kes yang dialami oleh adik Bella iaitu remaja sindrom down yang didakwa didera dengan teruk oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun. Banyak artis, influencer dan orang awam meletakkan #justiceforbella agar keadilan anak syurga ini segera ditegakkan.
Baru-baru ini juga difahamkan yang kes perbicaraan di mahkamah masih berjalan dan hampir 10 peguam mewakili Siti Bainun. Selain itu, turut bersuara dalam kes ini ialah isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam.
Tak lupa juga pelakon dan pengacara terkenal, Zulin Aziz yang kebetulan berada di Tanah Suci telah berkongsi di Instagramnya @zulinaziz memberitahu yang dia akan buat solat hajat khas buat adik Bella di Raudhah, Masjid Nabawi.
https://www.instagram.com/p/CcZpzavJ0KX/?utm_source=ig_web_copy_link
Menurut selebriti yang baru bernikah ini, dia telah mendapat rezeki untuk masuk ke Raudhah sebanyak 3 kali. Jadi, salah satu peluang tersebut digunakan beliau sebaiknya untuk menunaikan solat hajat dan berdoa khusus buat remaja tersebut.
“Aku direzekikan lagi masuk Raudhah kali ke-3. Alhamdulillah”
“Kali ni khas buat adik Bella. Solat sunat hajat dan doa semoga Allah tunjukkan kebenaran dan beri keadilan buat adik Bella di dunia ini” – Zulin Aziz
Menjengah ke ruangan komen artis ini, ramai yang turut sama mengaminkan doa Zulin serta ada juga netizen mengharap yang peguam orang kena tuduh (OKT) diberikan kesedaran untuk berpihak kepada kebenaran.
Min turut terkesan sebab min pun ada adik sindrom down ni..semoga adik Bella terus kuat ya!
Baca: “#JusticeforBella: TMJ Pula Bersuara, Tawar Khidmat Peguamnya Secara Percuma Untuk Kes Bella”