in

“Zulfarhan duduk kerusi kat tengah-tengah, sambil dikelilingi 20 individu”- Pengakuan Terbaru Kes Bunuh Zulfarhan

Ft Image Tentera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 3 tertuduh Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal dan Muhammad Danial Firdaus Azmir dipanggil untuk memberi keterangan.

Mereka yang juga saksi pembelaan mengatakan melihat arwah dikelilingi oleh 20 orang pada 22 Mei 2017 duduk di atas kerusi di tengah-tengah bilik 4-10, blok penginapan asrama Jebat. 


Menurut Mohamad Lukhmanul Hakim yang baru pulang dari bilik 4-07 dia nampak tertuduh Abdoul Hakeem Mohd Ali, Muhammad Azamuddin Mad Sofi dan saksi pendakwaan ke-25, Mohd Syafiq Abdullah ketika itu duduk di atas meja.

Zulfarhan

“Kemudian saya pergi ke katil saya baring dan tidur,” – Mohamad Lukhmanul Hakim

 

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim, adakah sesi menyoal arwah masih berlaku, Mohamad Lukhmanul Hakim mengatakan dia tidak pasti kerana hanya mendengar mereka bersembang.

Bagaimanapun ketika ditanya soalan susulan sama ada kesemua 20 individu menghadap arwah Zulfarhan, Lukhmanul Hakim berkata ‘tidak juga’.

Untuk rekod, bilik 4-10 tersebut merupakan tempat arwah Zulfarhan Osman didakwa dipukul dan ditekap seterika wap.

Berikut merupakan sesi soal jawab antara Timbalan Pendakwa Raya dengan tertuduh, Mohamad Lukhmanul Hakim :

Julia: Azamuddin (Muhammad Azamuddin), Hakeem (Abdoul Hakeem) dan Syafiq (Mohd Syafiq) mereka menghadap Zulfarhan?

Mohamad Lukhmanul Hakim: Ya, tiga orang pandang arwah.

Julia: Saya cadangkan, soal menyoal ke atas Zulfarhan masih berlaku (pada 22 Mei 2017)

Mohamad Lukhmanul Hakim: Saya tidak pasti, saya dengar suara bersembang.

 

Sementara itu seorang lagi tertuduh, Ahmad Shafwan juga bersetuju terdengar perbualan arwah ketika dikelilingi 20 individu pada malam kejadian tersebut, namun tidak bersetuju apabila perbualan itu dikaitkan dengan kes kecurian komputer riba.

 

Tertuduh Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mod Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.

Sementara itu 12 lagi tertuduh Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan yang diarah menghadapi pertuduhan mencederakan mangsa.

Mereka bagaimanapun diarahkan untuk membela diri.

Hm

Kes ini didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 30 September depan

Berita Harian

Baca : Tekap seterika 2 kali di peha tak sampai sesaat pun Penuntut Mengaku Tak Ada Niat Nak Bunuh Zulfarhan

Baca Farhan

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.