in

Zodiac Killer, Jack The Ripper dan Pembunuh Bersiri Popular Lain Yang Tak Pernah Kena Tangkap

Collage

Pembunuh bersiri merupakan seseorang yang telah membunuh sekurang-kurangnya dua mangsa pada waktu yang berbeza. Biasanya pembunuh bersiri akan menggunakan cara yang sama dalam jenayah yang dorang buat, sama ada dari pemilihan mangsa atau pun cara dorang membunuh.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menjejaki pembunuh bersiri, ada di antara mereka yang masih tak dapat dijejaki sehingga hari ini sekaligus meninggalkan misteri dan banyak persoalan yang tidak terjawab.

Jadi pada artikel kali ini, jom kita tengok pembunuh-pembunuh bersiri yang terkenal tapi tak pernah kena tangkap sehingga ke hari ini.

Artikel berkaitan: Kisah Elizabeth Bathory, Pembunuh Bersiri Wanita Paling Prolifik Dalam Sejarah

Artikel berkaitan: Kisah 5 Pembunuh Bersiri Wanita & Jenayah Yang Dorang Lakukan, Seriau Weh!

1. Jack the Ripper (1888)

Jack The Ripper Identity Revealed 2019.Jpg

Salah satu kes paling terkenal dalam sejarah adalah mengenai seorang pembunuh bersiri yang muncul di Whitechapel, London ketika penghujung era Victoria pada tahun 1888.

Pembunuh yang mendapat gelaran “Jack the Ripper” ini telah membunuh seramai lima wanita di mana kesemua mangsanya ini merupakan pelacur. Pihak berkuasa pada ketika itu mengatakan bahawa pembunuh ini mungkin merupakan seorang doktor bedah, penjual daging atau seseorang yang handal menggunakan pisau.

Ini kerana, kesemua mangsa-mangsanya telah dibunuh dengan cara yang kejam dan mayat mereka telah dipotong. Tak cukup dengan itu, pembunuh ini juga turut mengejek orang ramai dan pihak polis dengan menghantar surat-surat tentang pembunuhan yang dilakukannya itu.

Pembunuhan yang dilakukan ini telah menakutkan ramai orang di London dan pihak polis yang tidak dapat menangkapnya telah mendapat kritikan dari orang awam. Walaupun banyak siasatan telah dibuat, identiti sebenar Jack the Ripper masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

2. Zodiac Killer (1960s-1970s)

16335400373012

Zodiac Killer bukan sahaja terkenal kerana pembunuhan-pembunuhan yang dilakukannya, tapi juga kerana hubungan peliknya dengan media.

Pembunuh ini telah membunuh sekurang-kurangnya lima mangsa berhampiran San Francisco ketika tahun 1960-an sehingga 1970-an. Dia juga turut menghantar mesej berbentuk kod kepada media untuk ditujukan kepada pihak polis dengan mengugut sekiranya surat-surat yang dihantar ini tidak dikeluarkan di muka depan surat khabar, lebih ramai orang akan menjadi mangsanya.

Antara mangsa-mangsanya merupakan:

  • Pelajar sekolah Betty Lou Jensen dan David Garaday yang telah ditembak dan dibunuh ketika mereka berada di dalam kereta di Lake Herman Road, California.
  • Darlene Ferrin dan Michael Mageau ditembak ketika berada di dalam kereta di Blue Rick Springs Park di Vallejo, California. Darlene meninggal dunia manakala Michael telah terselamat walaupun ditembak beberapa kali.
  • Bryan Hartnell dan Cecelia Shepard pula telah dibunuh ketika mereka sedang berpiknik di Lake Berryessa, California apabila pembunuh tersebut telah datang ke arah mereka dengan memakai baju menutupi kepalanya dan telah mengikat serta menikam mereka beberapa kali. Bryan terselamat dari serangan tersebut manakala Cecelia meninggal dunia.
  • Seorang pemandu teksi, Paul Stine telah ditembak dan cebisan bajunya yang berdarah telah diambil untuk dijadikan sebagai trofi.

Walaupun ini merupakan beberapa jenayah yang memang sah dikaitkan dengan Zodiac Killer, terdapat beberapa pembunuhan dan kehilangan lain yang dipercayai telah dilakukan oleh pembunuh yang sama.

Selepas siasatan besar-besaran telah dibuat oleh pihak berkuasa, identiti sebenar Zodiac Killer masih tak diketahui.

3. The Alphabet Murders (1970s)

5Acc91Defb77856587E65B70 0047E671 Efbe 4323 8B9C F57B5637Ab1B

Pada awal tahun 1970-an, tiga gadis muda telah dirogol dan dicekik sehingga mati di Rochester, New York. Tiga mangsa yang telah dibunuh ini kemudiannya telah ditinggalkan di bandar yang bermula dengan huruf yang sama dengan nama mereka.

Carmen Colon telah dibuang di Churchville, Michelle Maenza di Macedon dan Wanda Walkowicz di Webster. Tak cukup dengan itu, pembunuh ini juga turut memilih mangsa yang mempunyai nama pertama dan nama keluarga dengan huruf yang sama. Ekoran ini, pembunuhan bersiri ini telah dinamakan sebagai The Alphabet Murders.

Pihak berkuasa telah melakukan siasatan yang terperinci untuk memburu pembunuh ini namun tak sehingga kini ia tak dapat diselesaikan.

4. Long Island Serial Killer (1996-2016)

Scpd Gilgo Death Investigation E1678985834903

Long Island Serial Killer telah dikenali dengan pelbagai nama, tapi identiti sebenarnya masih tak diketahui. Dia dipercayai telah bertanggungjawab melakukan sekurang-kurangnya 16 pembunuhan selama 20 tahun dan mangsa-mangsanya dipilih dari golongan pelacur dan menjual servis mereka di Craigslist.

Selepas melakukan pembunuhan, mayat mangsa akan dibuang di persisiran Ocean Parkway berhampiran Gilgo Beach, Oak Beach, dan Jones Beach State Park. Walaupun pihak berkuasa mengesahkan bahawa mangsa-mangsanya telah pun dibunuh seawal tahun 1996, mayat mereka hanya ditemui pada tahun 2010 dan 2011.

5. The Doodler (1974-1975)

The Doodler

Pembunuh bersiri ini dipercayai telah membunuh di antara enam ke 16 mangsa dan melakukan gangguan seksual ke atas tiga lelaki di San Francisco, California di antara Januari 1974 sehingga September 1975.

The Doodler mendapat gelaran ini kerana dia mempunyai habit di mana dia akan melakar mangsa-mangsanya sebelum menikam mereka sehingga mati. Mangsa-mangsanya ini pula ditemuinya di kelab malam gay, bar dan restoran.

Pihak polis mengatakan, suspek merupakan seorang lelaki berkulit hitam yang berumur di antara 19 ke 25 tahun, berketinggian enam kaki dan mempunyai badan yang kurus. Beberapa mangsanya telah ditikam di bahagian depan dan belakang di tempat yang sama dan kesemua dari mereka merupakan lelaki berkulit putih.

Seorang lelaki muda telah disoal siasat dan dipercayai bertanggungjawab atas pembunuhan ini namun begitu, mereka tak dapat teruskan dengan dakwaan ekoran tiga mangsanya yang terselamat tak mahu mendedahkan identiti mereka dengan memberi keterangan di mahkamah.

Antara mangsa yang terselamat ini dikatakan merupakan seorang penghibur terkenal dan seorang diplomat. Suspek tersebut telah memberikan kerjasama ketika disiasat tapi tak pernah mengaku bersalah namun pihak polis percaya bahawa lelaki tersebut merupakan The Doodler.

Sumber: Watch Mojo