in

Zizie Izette Tak Mampu Tahan Sebak Ketika Tatap Suami Buat Kali Terakhir

syaz ft 2025 12 05T105926.502

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya esakan pilu memecah suasana sebaik sahaja Datin Seri Zizie Izette A. Samad tiba di pekarangan kediaman Idang Residen, Luyang, pagi ini untuk menatap jenazah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, buat kali terakhir. Keadaan sekitar kediaman itu bertukar hening, seolah-olah turut berkongsi duka yang menyelubungi ahli keluarga.

Pelakon berkenaan tiba kira-kira jam 9.30 pagi bersama empat cahaya mata mereka melalui penerbangan dari Kuala Lumpur.


Artikel berkaitan: Belasungkawa Bung Moktar Radin: Perginya Tokoh Berpengaruh Politik Sabah

Artikel berkaitan: ;Ujilah, saya tak takut” – ‘Panglima Perang’ Bung Mokhtar Tawar Diri Jadi Orang Pertama Terima Vaksin Covid-19

Sebaik turun dari kenderaan, Zizie kelihatan tidak mampu menahan sebak dan terus menangis teresak-esak sebelum bergegas masuk ke ruang tamu, tempat jenazah Allahyarham ditempatkan untuk penghormatan terakhir.

Dalam suasana penuh hiba, Zizie turut dilihat memeluk erat madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin, sejurus melangkah masuk ke rumah tersebut. Pelukan itu menggambarkan betapa beratnya kehilangan yang ditanggung kedua-dua isteri arwah, selain mencerminkan hubungan kekeluargaan yang akrab meskipun dalam saat paling memilukan.

Difahamkan, Zizie dan anak-anaknya baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur pada awal pagi, sebelum bergegas ke kediaman berkenaan untuk bersama keluarga besar arwah dan menghadiri persiapan terakhir sebelum pengebumian.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.