Mempunyai anak autisme atau kurang upaya bukanlah perkara mudah kerana pelbagai cabaran yang harus dilalui ibu bapa dalam membesarkan anak mereka.
Malah lebih menyedihkan, ibu bapa ini juga perlu menghadapi pandangan masyarakat yang pelbagai terhadap keadaan anak istimewa mereka itu.
Zarina Zainuddin sedih Wikipedia anak diedit
Awal pagi ini, pelakon terkenal, Zarina Zainuddin telah memuat naik posting di Instagram meluahkan rasa kesalnya terhadap individu yang telah mengedit profile Wikipedia anaknya, Azal Azrai.
Menerusi perkongsian itu, terpapar Wikipedia Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal Azrai yang telah diedit oleh individu yang tidak bertanggungjawab memanggil remaja autisme itu sebagai gila, psiko dan jelek. Allahu…
https://www.instagram.com/p/CjoWlZFtVPL/
Zarina yang sedih dengan perkara itu memberitahu bahawa Azal telah menghantar screenshot laman Wikipedia itu kepadanya dan terkejut melihat ia ditulis sebegitu rupa.
Saya yang baca jadi terkedu sekejap, saya peluk dia saya kata Azal tak gila Azil tak gila. Azal dan abang Azil anak istimewa. Anak ibu.
“Allah ada… biar orang kata apa Allah ada. Kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” tulisnya.
“This is horrible!”
Posting tersebut mendapat perhatian netizen dan juga rakan artis yang marah dengan sikap individu tidak bertanggungjawab tersebut.
Ada di kalangan mereka juga meminta pihak Zarina untuk membawa kes ke mahkamah dan mencari siapakah individu yang tergamak melakukan perkara hina itu.
Walau bagaimanapun, menerusi hasil carian admin di Wikipedia semasa artikel ini ditulis, profile Azal sudah kembali ke asal dan tiada lagi tulisan-tulisan seperti di atas terpapar di laman tersebut.
Harapnya Zarina sekeluarga tabah hadapi dugaan ini. Bagi individu yang buat perkara tak berfaedah tu, harap korang bertaubatlah.
Baca: “Moga diberi kekuatan” – [VIDEO] Zarina Zainuddin Kongsi Detik Cemas ‘Diserang’ Anak Autisme