in

Zarina Zainuddin Nafi Jadikan Sky Okumura Sebagai ‘Content’, Hanya Ingin Kongsi Perkembangan

syaz ft 2025 03 07T135226.106

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui kematian tragis isteri kepada pempengaruh, Ridzokumura iaitu Akiko Okumura memberi kesan mendalam khususnya buat anak tunggal mereka, Sky Taizo Okumura.

Pun begitu, ramai yang mempertikaikan mengapa pelakon serta usahawan Zarina Zainuddin seakan berkongsi terlalu banyak mengenai keadaan remaja tersebut sehingga ada yang merasakan Zarina ingin menjadikannya sebagai content di media sosial.


Artikel berkaitan: “Jangan buat andaian bukan-bukan” –  Ridzokumura Dedah Hari Kejadian Arwah Isteri Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: Seorang Wanita Jepun Maut Terjatuh Dari Sebuah Kondo Di Subang Jaya

riz 1687753213

Zarina bagaimanapun menolak dakwaan itu dan memberitahu dia sebenarnya hanya ingin berkongsi perkembangan remaja tersebut.

“Bukannya saya mengambil kesempatan dengan membuat video siaran langsung selama 24 jam sehari.

Tak semua benda saya rakam, sebaliknya hanya post benda-benda baik. Itu pun saya hanya kongsi di Insta Story sahaja.

Kalau ada yang mengutuk, saya hanya bersyukur. Di bulan Ramadan ini sepatutnya mencari pahala bukan dosa,” luahnya.

Zarina juga sempat berkongsi keadaan Sky yang berusia 13 tahun itu dan memberitahu dia seorang yang sangat tabah dalam menghadapi ujian kehilangan ini meskipun dalam usia yang masih muda.

“Sepanjang berada di rumah saya, kami solat bersama-sama dan dia sentiasa mendoakan arwah ibunya,” kongsi Zarina lagi.

Sebagai info, Ridzokumura berkahwin dengan Akiko pada pada Februari 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.